Search This Blog

Monday, March 7, 2011

Review MISTERI PONDOK DI LEMBAH @ MYSTERY OF THE SHRINKING HOUSE



Misteri Pondok Di Lembah adalah buku ke 7 dalam Siri Alfred Hitchcock & Tiga Penyiasat. Tapi terjemahan tajuknya nyata berbeza sekali dengan tajuk asal Bahasa Inggeris. Jika ikut turutan dalam cerita asalnya, Misteri Pondok Di Lembah atau Mystery Of The Shrinking House ini pada kedudukan ke 18 dan ditulis oleh William Arden. Tak pasti kenapa tajuknya berbeza dan mengelirukan tapi inilah buku yang terjemahannya sangat tak tepat sehinggakan merosakkan jalan cerita dan susunan klue atau pembayang. Aku merujuk kepada terjemahan yang dibuat Penerbitan Fargoes 1976, edisi asal ni dan sangat berharga bagi aku.
Dah banyak kali aku baca cerita ini, menarik seperti kisah-kisah lain tapi aku dapat rasakan kejanggalan dalam urutan pembayang serta petunjuk yang tak berkaitan. Tapi semua tu tak ketara sangat sehinggalah aku berpeluang baca versi asalnya iaitu dalam Bahasa Inggeris. Dari sinilah aku faham apa kaitan klue utamanya dan penyelesaian kes, agak lucu jugak sebab baru faham selepas 20 tahun baca. Apa pun itu tak membantutkan minat aku menjejaki misteri-misteri Siri Alfred Hitchcock & Tiga Penyiasat.

Watak-watak dalam kes kali ini adalah Zali, Profesor Kawi, Encik Kamil, Malik, Asiah, Encik Kong dan beberapa orang lagi. Selain itu ada juga watak si pengacau Tiga Penyiasat muncul dalam buku ini iaitu Sudin Kurus, terdapat beberapa kisah lagi di mana Sudin ini selalu mengacau Tiga Penyiasat tetapi tak begitu berkesan.
Kisahnya kali ini Tiga Penyiasat diminta oleh seorang pelanggan wanita untuk mencari lukisan-lukisan karya abangnya yang telah meninggal dunia. Uniknya lukisan tadi yang berjumlah 20 keping dikatakan berhantu dan hidup. Sebaliknya lukisan tersebut sekiranya disusun mengikut turutan akan mendedahkan tempat simpan satu lagi lukisan karya agung yang berharga.

Terdapat wasiat terakhir yang menjadi petunjuk kepada pencarian lukisan bernilai tadi iaitu

“ beritahu mereka……beritahu mereka…..zig…zig, bila zag……salah jalan….tuan….lukisan saya…..kanvas saya…..kanvas…..salah…..zigzag….beritahu mereka….. salah.”

Bagi aku perutusan ini memang memeningkan kepala, dan yang paling tak puas hatinya, di akhir cerita tak pula diterangkan atau diterjemahkan dengan logik kaitan perutusan dan lokasi tempat lukisan tersebut disimpan.
Sebenarnya terjemahannya yang tak tepat, versi Inggeris berbunyi “tell them……” dan kemudiannya diterjemahkan oleh Jalil @ Jupiter dengan tepat “tell M” yang seakan-akan sama bunyinya, M pula adalah nama pangkal penjenayah yang dicari-cari tapi dalam terjemahan ini diterjemah bulat “beritahu mereka….”. Harap anda faham apa yang aku nak terangkan perbezaan klue ni, hehehe. Benda-benda sebegini yang sebenarnya membuatkan satu-satu cerita itu unik, tapi jika klue seperti perutusan tadi tak diterjemahkan dengan baik, jadilah ianya tak berguna. Terdapat satu lagi klue yang tak diterangkan dengan baik iaitu peristiwa penjenayah sebenar pernah jatuh dalam pondok, dikesan juga oleh Jalil bila dibuat perbandingan dengan insiden Mr Kong jatuh lagi sekali. Sayang klue sebegini tak nampak. Satu lagi muslihat dalam kes ini adalah berkenaan siapa pihak yang baik dan siapa pihak yang jahat. Sebenarnya lukisan agung yang dikejar adalah lukisan tiruan semata dan terdapat sindiket yang menjalankan urusan jual beli lukisan-lukisan tiruan untuk mengabui mata awam.

Helah atau teka-teki paling menarik dah tentulah berkenaan rahsia di sebalik 20 keping lukisan tadi. 20 lukisan tersebut adalah lukisan yang sama tentang pemandangan pondok lama tempat Kamil si pelukis tersebut menghabiskan usianya, gambar-gambar lukisan itu menunjukkan 20 pemandangan berbeza pondok tersebut sehinggakan sekirannya disusun, ia akan memperlihatkan pergerakan pemandangan pondok yang semakin mengecil. Inilah yang digambarkan melalui tajuk asalnya Mystery Of The Shrinking House. Pembayang ini memang unik tapi sayangnya terjemahan gagal menjadikannya isi penting cerita. Tajuk versi Bahasa Malaysia pula memfokuskan kepada pentingnya pondok di lembah yang menjadi tempat utama lukisan berharga di sembunyikan tapi tak menerangkan keistimewaan lukisan-lukisan yang seolah-olah hidup dan membuatkan pemandangan pondok yang terdapat di dalamnya menyusut atau mengecil.
Itu sahaja untuk review aku berkenaan kes Misteri Pondok Di Lembah, akan review buku seterusnya, antara terbaik dalam Siri Alfred Hitchcock & Tiga Penyiasat

4 comments:

  1. Setuju... saya ada baca edisi terbaru... dengan nama "Misteri lukisan berhantu"... tapi sayang cerita pasal pondok sedikit sahaja... jadi di mana "Misteri Pondok di Lemabh / Misteri Rumah Roboh" nya????? cerita pasal lukisan pun tak difahami misterinya

    ReplyDelete
  2. Lupa nak update pasal tajuk tu, memang betul ada tiga buku dalam Siri Alfred Hitchcock & 3 Penyiasat ni ditukar judulnya melalui cetakan seawal tahun 1990 iaitu Misteri Singa Cemas di tukar nama kepada Misteri Di Rimba Raya, Misteri Pondok Di Lembah ditukar nama kepada Misteri Lukisan Berhantu dan Misteri Harta Hilang ditukar namanya kepada Misteri Orang Kerdil. sebab kenapa ditukar nama tak tahu tapi saya rasa nama baru ni cam tak sedap je.

    ReplyDelete
  3. Setuju... sebab tak menggambarkan cerita sebenar

    ReplyDelete
  4. Hello there! I simply want to give you a big thumbs up for
    the great information you have right here on this post.

    I am returning to your site for more soon.

    ReplyDelete