Search This Blog

Monday, November 26, 2012

Intro SIRI SALMA @ NANCY DREW


#Siri Salma Nombor Satu iaitu Secret Of The Old Clock atau versi terjemahannya Rahsia Jam Pesaka


Aku sebenarnya tak berapa mahir sangat dengan cerita Siri Salma ni walaupun banyak buku-bukunya dah aku baca dan aku miliki. Kemungkinan kurang mahir kerana jalan ceritanya seakan-akan sama, heronya perempuan dan bilangan ceritanya banyak iaitu lebih kurang 50 buku menyebabkan selalu terkeliru. Walau bagaimanapun, sebagai seorang yang ulat buku / atau kaki buku ?, cerita ni memang antara favourite sewaktu zaman kanak-kanak sehingga kini.  

Pengenalan secara ringkas, Siri Salma atau Nancy Drew versi asalnya adalah karya yang ditulis oleh sekumpulan penulis di bawah satu syarikat di Amerika tetapi sekumpulan penulis tersebut diberikan nama Carolyn Keene. Watak-watak utama dalam siri ini dan menurut buku terjemahan adalah

Nancy Drew atau Salma Abdul Hamid (Nancy Drew)
Carson Drew atau Abdul Hamid Majid (Karson Drew) iaitu ayah Salma dan seorang peguam terkenal
Bess Marvin atau Zarina (Zamilah) sahabat baik Salma
George Fayne atau Mei Lin (Marina) sahabat baik Salma
Ned Nickerson atau Jamal (Nasir) teman lelaki Salma
Hannah atau Mak Cik Ani (Mak Cik Hana) iaitu pengasuh dan penjaga Salma sejak kecil kerana emaknya telah meninggal dunia.
(Nama dalam kurungan merujuk watak terjemahan dalam Penerbitan Nottans)

Buku pertama yang aku baca dalam Siri Salma ini adalah Rahsia Di Loteng Buruk kepunyaan kakak aku, seingat aku versi tahun 70an, tetapi anehnya tiada dalam senarai terbitan tahun 70an yang tersenarai di belakang buku Hasrat Pelajar 1975, Penerbitan Nottans 1976 dan Study Aids 1977. Rupanya ia diterbitkan pada tahun 1978 oleh Penerbitan Fargoes. Maklumat ini aku baru sahaja dapat tahu melalui sahabat yang juga mengemari siri-siri ini. Pembacaan terawal Siri Salma melalui Rahsia Di Loteng Buruk bagi aku sangat tepat kerana buku ini memang best, malahan mungkin antara yang terbaik. Walau bagaimanapun, banyak lagi buku-bukunya masih belum baca atau mungkin dah baca tapi tertukar dengan tajuk-tajuk lain.

Agak lama juga aku menanti peluang sambil buat research untuk kumpulkan maklumat dan fakta berkaitan siri ini dan tugasan menjadi mudah apabila dipertemukan dengan Saudara Zakir yang sangat meminati serta sangat pakar dalam buku-buku terbitan Fargoes & Hasrat Pelajar tahun 70an. Terima kasih Saudara Zakir atas input-input yang diberikan, kita berkongsi kegemaran yang sama dan Saudara Zakir sebenarnya telah memulakan pencarian semula tersebut sejak tahun 2006 lagi serta memotivasikan aku untuk menjejaki semula siri-siri kegemaran sewaktu kanak-kanak bermula tahun 2007, selain itu baru-baru ini Saudara Zakir telah maju selangkah di hadapan apabila beliau telah menemui sumber tak terbatas bagi pencarian buku-buku lama ni. Oppss, aku tak akan dedahkan sumber itu, terpulang kepada beliau, tapi yang pasti ia berita yang menggembirakan bagi pengemar buku-buku lama ini.

Siri Salma pertama kali diterjemah dan  diterbitkan di Malaysia oleh Penerbitan Hasrat Pelajar pada tahun 1975 dengan 10 tajuk cerita-cerita yang hebat iaitu

1.       Hantu Rumah Besar
2.       Pesanan Di Pondok Buruk
3.       Rahsia Di Lembah Selindung
4.       Maklumat Dalam Silang Kata Rahsia
5.       Misteri Permata Manikam
6.       Mencari Peta Yang Hilang
7.       Misteri Istana Batu Nilam
8.       Penceroboh Ghaib
9.       Petunjuk Di Kereta Tua
10.   Hantu Bukit Puaka


Aku rasa aku belum baca kesemuanya dan menurut pakar, buku paling best dari 10 terawal adalah Hantu Rumah Besar dan Misteri Istana Batu Nilam.
Tajuk-tajuk asal Bahasa Inggeris anda boleh rujuk silang dengan list yang disertakan. Kemungkinan ada tajuk-tajuk yang tersalah matching kot sebab ada yang aku tak pasti.



Pada tahun 1976 pula, Penerbitan Nottans pula menerbitkan 10 buah buku Siri Salma tetapi nama watak-watak utamanya iaitu Nancy Drew dan lain-lain dikekalkan. Tajuk-tajuk 10 buku tersebut seperti di bawah

1.       Rahsia Bayangan Di Ladang Ternakan
2.       Ahli Sihir “Dewan Blackwood”
3.       Tanda Di Kereta Kuda Usang
4.       Misteri Batu Nilam Labah-Labah
5.       Penceroboh Ghaib
6.       Pencarian Peta Yang Hilang
7.       Misteri Selipar Merah Tua
8.       Kapal Berpuaka
9.       Misteri Bandar Hilang
10.   Pesanan Di Jati Berlubang



Kemudiannya Penerbitan Study Aids pada tahun 1977 menerbitkan pula 10 lagi buku Siri Salma dengan tajuk-tajuk berikut. Study Aids kemungkinan adalah penerbitan yang satu kumpulan dengan Fargoes & Hasrat Pelajar kerana tajuk terjemahan serta isinya memang sebijik. 

1.       Rahsia Loket Pecah
2.       Misteri 99 Anak Tangga
3.       Misteri Di Rumah Tumpangan Tanjung
4.       Simbol Pokok Puaka
5.       Rahsia Di Ladang Pintu Merah
6.       Rahsia Bilik Berbunyi
7.       Rahsia Wanita Kayu
8.       Rahsia Rumah Berpagar
9.       Petunjuk Dalam Buku Catatan
10.   Rahsia Jam Pesaka

Penerbitan Fargoes pada tahun 1978 juga keluarkan buku-buku Siri Salma ni dengan tajuk-tajuk berikut

1.       Misteri Tangga Bengkok
2.       Petunjuk Dalam Boneka
3.       Misteri Mata Bersinar
4.       Misteri Kasut Balet
5.       Surat Penuh Misteri
6.       Rahsia Balai Emas
7.       Rahsia Pengurus Sarkas
8.       Isyarat Ke Jalan Bunga Raya
9.       Misteri Loceng Tiga X
10.   Petunjuk Dalam Tembok Usang
11.   Misteri Dua Kali Malang
12.   Rahsia Di Loteng Buruk
13.   Misteri Banglo
14.   Misteri Beg Peti
15.   Misteri Rumah Berlumut
16.   Misteri Naga Api
17.   Petunjuk Di Topeng Baldu
18.   Petunjuk Dalam Album Lama
19.   Kunci Hitam Berahsia
20.   Misteri Gading Azimat

 Dan kemudiannya sekali lagi Penerbitan Hasrat Pelajar terbitkan semula 50 tajuk buku-buku Siri Salma pada tahun 1986 & 1987 yang bagi aku edisi ini masih lagi mengekalkan keaslian cerita dari terjemahan tahun 1970an. Tajuk-tajuknya seperti berikut



1.       Petunjuk Di Kereta Tua
2.       Misteri Permata Manikam
3.       Hantu Rumah Besar
4.       Pesanan Di Pondok Buruk
5.       Penceroboh Ghaib
6.       Misteri Peta Yang Hilang
7.       Rahsia Di Lembah Selindung
8.       Hantu Bukit Puaka
9.       Misteri Istana Batu Nilam
10.   Maklumat Dalam Silang Kata Rahsia
11.   Rahsia Loket Pecah
12.   Misteri 99 Anak Tangga
13.   Misteri Di Rumah Tumpangan Tanjung
14.   Simbol Pokok Puaka
15.   Rahsia Di Ladang Pintu Merah
16.   Rahsia Bilik Berbunyi
17.   Rahsia Wanita Kayu
18.   Rahsia Rumah Berpagar
19.   Petunjuk Dalam Buku Catatan
20.   Rahsia Jam Pesaka
21.   Misteri Loceng Tiga X
22.   Rahsia Pengurus Sarkas
23.   Rahsia Balai Emas
24.   Misteri Mata Bersinar
25.   Petunjuk Dalam Boneka
26.   Petunjuk Dalam Album Lama
27.   Misteri Naga Api
28.   Misteri Kasut Balet
29.   Kunci Hitam Berahsia
30.   Misteri Tangga Bengkok
31.   Misteri Lambang Greek
32.   Patung Berbisik
33.   Misteri Dua Kali Malang
34.   Misteri Banglo
35.   Patung Misteri
36.   Petunjuk Dalam Tembok Usang
37.   Misteri Beg Peti
38.   Petanda Dalam Kotak Emas
39.   Petunjuk Di Topeng Baldu
40.   Misteri Cermin Tingkap Tersembunyi
41.   Misteri Kapal Bangsawan Berhantu
42.   Misteri Gading Azimat
43.   Rahsia Di Loteng Buruk
44.   Surat Penuh Misteri
45.   Petunjuk Siulan Seruling
46.   Tangga Yang Tersembunyi
47.   Misteri Rumah Berlumut
48.   Isyarat Ke Jalan Bunga Raya
49.   Misteri Patung Kachina
50.   Jambatan Berhantu





So itu sahaja pengenalan berkenaan Siri Salma, harap anda elakkan dari baca buku-buku terbitan tahun 1990 an ke atas kerana tiada lagi keaslian, malahan jauh diringkaskan dari versi asalnya. Rasanya ramai yang meminatinya terutama wanita sebelum didedahkan dengan pembacaan novel-novel cinta.