Search This Blog

Saturday, January 14, 2012

Review LIMA SEKAWAN DI PULAU PUSAKA




Buat pertama kalinya dapat jugak aku jumpa dan memiliki edisi pertama Lima Sekawan terbitan Fargoes tahun 1974 ni. Sebelum ni cuma pernah jumpa dan baca Lima Sekawan Di Bukit Jaguh je, tu pun dah lama sangat iaitu sewaktu zaman sekolah rendah. Kiranya memang ada satu set terbitan tahun 70an oleh Fargoes bagi siri Lima Sekawan ni. Dan lagi, melalui penerbitan pertama ni mereka menggunapakai kulit buku asal edisi Inggeris dengan sedikit pengubahsuaian. Lihat sahaja perbandingan yang aku buat pada versi kulit buku penerbitan terawal Indonesia, Malaysia & Inggeris. Tajuk asal siri pertama Lima Sekawan ini iaitu Five On Treasure Island diubah kepada Lima Sekawan Di Pulau Harta bagi versi Indonesia dan Lima Sekawan Di Pulau Pusaka bagi versi Malaysia. Tajuk dalam edisi Bahasa Malaysia ni lain sikit dari terjemahan sebenar, diubahsuai mungkin kerana kalau letak tajuk Lima Sekawan Di Pulau Harta Karun cam panjang ngat bunyinya, so bagi aku cantiklah tu Lima Sekawan Di Pulau Pusaka.
Sedikit ulasan berkenaan kulit depan bukunya. Mula-mula berkenaan tulisannya, aneh juga sebab perkataan LIMA dan bukan LIMA SEKAWAN itu ditulis menggunakan huruf besar kesemuanya, kemungkinan nak menyamai maksud FIVE dalam edisi Inggeris. Lukisan pada kulit buku pula, walaupun gambarnya sama tetapi dapat dilihat dalam versi Malaysia rambut Eddie, Dean, Mona & George dihitamkan sesuai dengan gambaran mereka watak-watak tempatan. Versi Indonesia sama dengan versi Inggeris kerana mereka terjemahkan jalan cerita sahaja iaitu dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Indonesia, tempat dan nama watak-watak masih kanak-kanak di England. So bagi aku dah tentu olahan cerita yang disesuaikan dengan persekitaran dan watak tempatan lebih meninggalkan nostalgia. Inilah apa yang berjaya dibuat oleh Penerbitan Fargoes pada tahun 1974 iaitu mengambil daya usaha menterjemah dan mengolah karya-karya Enid Blyton agar sesuai dengan suasana tempatan. Harapan aku agar mereka dapat terbitkan kembali versi asal ini supaya dapat dibaca dan dikenang kembali. Terdapat sinopsis pendek berkenaan kisah yangakan disampaikan, dan ia kisah pertama dari 21 kisah. 21 kisah ? Jadi kemungkinan edisi Fargoes tahun 1970an ini ada 21 siri kah ? Juga lihat pula nombor bilangan buku ini yang tertulis 20. Bilangan 20 dari jujukan siri-siri yang mana yea ?
Baru-baru ini juga terjumpa satu blog iaitu Elixiroflove yang postkan beberapa gambar kulit buku Lima Sekawan milik beliau yang aku percaya dari edisi terbitan tahun 1970an. Terima kasih kerana dapat juga aku lihat bagaimana kulit bukunya walaupun tak dapat memilikinya. Antara yang dimiliki beliau adalah Lima Sekawan Di Pulau Kenari Lagi, Lima Sekawan Di Tepi Laut & Lima Sekawan Riang Merantau.
Seperti yang semua tahu, Lima Sekawan Di Pulau Pusaka adalah siri pertama yang memperkenalkan kisah pengembaraan Lima Sekawan, sebanyak 21 buku Lima Sekawan diterbitkan dan diterjemah ke banyak negara di seluruh dunia (18 sahaja di Malaysia). Dalam kisah pertama ini, Eddie Dean & Mona iaitu 3 beradik anak-anak Encik Daniel sedang sibuk merancang percutian mereka sempena cuti sekolah. Tempat percutian kebiasaan mereka iaitu di Tanjung Bunga (Pulau Pinang kot ?) telah kehabisan bilik justeru emak mereka Puan Daisy sedang berhempas pulas memikirkan ke mana mereka akan bercuti.
Nasib baiklah bapa mereka teringatkan abangnya Encik Osmond yang tinggal di Teluk Kenari. Kebetulan Puan Nora iaitu isteri Encik Osmond sedang menyewakan rumah mereka bagi menampung pendapatan keluarga. Justeru ke situlah mereka dihantar bercuti buat pertama kalinya. Keluarga Osmond pula mempunyai seorang anak perempuan iaitu Georgiana, tapi aneh juga sebab inilah kali pertama meraka seakan-akan tahu kewujudan sepupu mereka itu. So macam dapat kawan barulah tu.
Jadi bermulalah percutian/pengembaraan mereka di Teluk Kenari, gambaran tempatnya memang bestlah, dok kat tepi laut lah katakan. Kat depan teluk tu plak ada pulau yang dinamakan Pulau Kenari. Rumah keluarga Osmond pula bernama Teratak Kenari, aku dulu pernah bercita-cita nak namakan rumah aku macam tu, permai sungguh bunyinya.
Pertama kali berjumpa sepupu mereka yang bernama Georgiana atau dipanggil George oleh emaknya sendiri, boleh aku bayangkan memang ada kawan-kawan pompuan masa kanak-kanak aku yang lasak macam lelaki, mungkin inilah karektor yang digambarkan Georgiana yang mahu dipanggil George ni. Tapi waktu kanak-kanak dulu tak ada apa yang pelik pun, kawan lelaki ke pompuan ke main campur je, jantina tak penting ngat waktu tu. Lagi satu pasal anjing nama Tompok ni yang dimiliki oleh George, masa bebudak dulu dah tahu diorang ni bukan Islam so nak bela anjing bleh, takde hal punya lagipun anjing makhluk tuhan juga.
Yang best pasal sepupu diorang ni adalah, George memiliki sebuah pulau. Teruja sangat bila memikirkan time tu ada pulau sendiri dan bebas untuk ke sana. Apa yang boleh dibuat di pulau sendiri banyak juga seperti yang dicadangkan oleh Dean yang tak pernah terlintas untuk dibuat oleh George sebelum tu. Antaranya bermalam di pulau, berkelah jauh dari gangguan orang dewasa. Selain itu George juga ada bangkai kapal karam yang misteri untuk ditunjukkan. Semua benda-benda menarik ni iaitu pulau dan bangkai kapal ni ada di Teluk Kenari iaitu dalam lautan yang biru dan jernih, apa yang ada di kampung aku cuma pulau pasir di tebing Sungai Kelantan. Jadi imaginasi aku berkenaan nak cari kapal karam dalam Sungai Kelantan yang keruh tu memang susah la nak jumpa.
Nak jadi cerita, semasa Lima Sekawan ni bersama-sama di Pulau Kenari, ribut taufan yang kuat telah menggerakkan bangkai kapal karam yang beratus tahun tersadai dalam lautan lalu mengangkatnya ke Pulau Kenari, oleh kerana bangkai kapal dah timbul ke darat, maka senang lah mereka menjadi yang pertama meneroka dahulu dalam kapal tersebut dan menjumpai kotak yang berharga mengandungi peta tempat simpanan emas. Dari situlah pengembaraan mereka semakin menarik dan mengujakan sehingga akhirnya Berjaya menemui emas yang dicari-cari.
Itu sahaja review pendek berkenaan buku kisah Lima Sekawan Di Pulau Pusaka, buku kedua yang aku baca selepas Lima Sekawan Di Ladang Permai, tapi kali pertama baca kisah ini, aku baca versi Hasratpelajar 1984 yang sayangnya dah hancur buku tu. Nasib baik dapat memiliki buku tahun 1974 ni yang lagi klasik.

21 comments:

  1. Replies
    1. Haah, ada anjing nama Tompok, versi asal anjing tu nama Tim. Kalau nak guna kucing rasa cam tak real lah pengembaraan diorang sebab kucing tak bleh serang penjahat & protect diorang. Cakar-cakar skit bleh la.

      Delete
  2. rindunya nak baca buku2 ni. beli yg terbitan 90an tak sebest yg dulu.

    ReplyDelete
  3. dah ade softcopy ke?....sy betul2 nak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh bagi email address, saya tengah cuba letak pdf ni kat sini tapi tak pandai lagi.

      Delete
  4. sy nak jugak boleh tak..email ke ivaxyz@yahoo.com..tq=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tengah test samada sesuai ke tak saya letak je scanbook kat sini. Kalu nak baca atau copy, amik je kat sini.

      Delete
  5. saye nak laa...best ni crite nye...send ke email saye ye.. slasher.ib@gmail.com.
    ditunggu ;)

    ReplyDelete
  6. sy nk jg boleh? nurhananimohdnor@yahoo.com

    ReplyDelete
  7. boleh sy tau,buku-buku ni boleh dpt kt mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat mencari kat kedai buku lama or perpustakaan. Tapi kalo saya ada akan saya letak kat sini.

      Delete
  8. Dulu masa sy darjah 5 saya selalu pinjam ke perpustakaan buku2 ni... ada byk episod...yg sy ingt 5 sekawan di bukit jaguh...yg lain tak ingt..mana nk cari buku lama ni..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba cari di Chowrasta Penang, kalu ada yang kat sini amik je. Yang lain nak letak jugak tapi sibuk je memanjang...TQ

      Delete
  9. Tahniah duneworld kerana berjaya memiliki versi terjemahan Fargoes ini. Khazanah tak ternilai ni! Saranan saya, jangan scan buku ni kerana kemungkinan ia rosak sangat tinggi. Sebaliknya, kalau rajin taip balik dalam dalam format MS Words. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ tuan atas nasihat, jangan bimbang. Kalau scan dengan cara yang betul, buku tak akan rosak dan lebih jimatkan masa...hehe

      Delete
  10. salam.pliz email kat saya softcopy kalau ada ok?thedin.7@gmail.com

    ReplyDelete
  11. As salam..arap sgt sudi brkgsi..lma sgt cri...😢...
    nazatulkay@gmail.com

    ReplyDelete
  12. salam bole share kn juga kpd sy..dh lama mencari.. sgt nostalgia utk sy da abg sy buku ni..

    ReplyDelete
  13. Salam...saya pun pernah beli buku ni ms skolah rendah dulu...best citernya...tp dh hancur...blh share softcopy dgn saya?
    rizniza79@yahoo.com

    ReplyDelete