Search This Blog

Tuesday, February 15, 2011

Intro SIRI TIGA PENYIASAT ALFRED HITCHCOCK




Satu lagi siri bacaan yang aku ikuti dari dulu sehingga kini adalah Siri Tiga Penyiasat Alfred Hitchcock terutama yang dialih bahasa. Kalau tak silap versi asalnya ada 43 tajuk tapi belum habis kesemuanya aku baca dan tak pasti berapa jumlah yang telah dialih bahasakan. Yang pastinya 18 tajuk-tajuk terawal siri tersebut paling best dan original jalan ceritanya kerana mendapat sentuhan penulis asal. Bukanlah Alfred Hitchcock si pengarah tersohor tu yang tulis, cuma digunakan namanya untuk melariskan jualan buku tersebut atau sekadar publisiti sahaja. Mengikut ceritanya penulis asal adalah Robert Arthur dengan 10 tajuk terawal diikuti oleh penulis seperti William Arden, Nick West dan M. V. Carey yang bergilir-gilir menulis siri tersebut selepas kematian Robert Arthur.
Tapi aku tak kisah sangat siapa penulisnya masa awal diperkenalkan dengan siri ini kerana jalan ceritanya yang menarik dan ada kesinambungan di antara tajuk-tajuk tersebut. Selepas kematian Alfred Hitchcock, pihak penerbitan telah dilarang menggunakan nama Alfred Hitchcock justeru penerbitan siri ini dengan tajuk asal Alfred Hitchcock & The Three Investigator telah ditukar kepada The Three Investigator sahaja manakala watak Alfred Hitchcock yang selalu muncul di awal dan akhir siri ini digantikan dengan watak penulis kisah misteri Sebastian Hector. Tapi itu tak berlaku rasanya untuk buku-buku yang dialih bahasa di Malaysia ni, cuma kalau terjumpa ulang cetak Penerbitan Fargoes terutama selepas tahun 1990 hingga kini, isi kandungannya sangatlah berbeza dan tergantung akibat banyak sangat diringkaskan mengakibatkan jalan ceritanya sangat-sangat membosankan dan tak difahami. Nasib baik aku ada beberapa buku asal Penerbitan Fargoes & Hasratpelajar terbitan tahun 1970 & 1980an serta kesemua e-book siri ini dalam Bahasa Inggeris untuk bacaan dan aku buat perbandingan.
Siri Tiga Penyiasat Alfred Hitchcock yang dialih bahasa mempunyai watak-watak Satu Malaysia iaitu Jalil atau watak asalnya Jupiter Jones, Gopal atau Peter Crenshaw dan Ah Meng atau Bob Andrews. Mereka mempunyai organisasi yang tersusun dan cantik dengan moto “Kami Menyiasat Apa Saja”, kumpulan ini diketuai oleh Jalil sebagai Penyiasat Pertama atau dipanggil Pertama, Gopal sebagai Penyiasat Kedua atau Kedua dan Ah Meng sebagai Rekod & Penyelidikan atau dipanggil Rekod. Pusat operasi mereka adalah di Bengkel Pertukangan Melati yang diusahakan oleh bapa saudara Jalil, diorang ada pejabat kat dalam bengkel ni atau lebih tepat tempat jualan barang-barang lusuh.
Banyak yang menarik pasal siri ini, antaranya kehebatan Jalil sendiri menaakul atau membuat analisa terperinci dan logik, Gopal pula dengan kekuatan fizikal dan cergas serta Ah Meng sebagai pusat rujukan. Kebiasaannya mereka berhadapan misteri-misteri yang aneh dan canggih yang diperolehi melalui Alfred Hitchcock, tugasan yang pelik-pelik, teka-teki, muslihat, rahsia dan sebagainya. Selain itu mereka juga mempunyai kad kuasa penyiasat daripada pihak polis selain mempunyai kenderaan mewah dan seorang pemandu untuk kegunaan kelab mereka dalam tajuk-tajuk awal siri ini. Kehebatan Jalil berfikir bagi aku macam cara Sherlock Holmes berfikir dan selesaikan kes. Tak seperti Gemuk dalam siri Lima Penyiasat & Anjing yang lebih relaks dan santai, apa yang diselesaikan oleh Jalil & the gang memang rumit. Sekurang-kurangnya begitulah tanggapan aku dan ia sentiasa menyeronokan.
18 tajuk awal siri ini memang dah khatam dan memang diakui best, tapi bagi 25 tajuk seterusnya belum lagi habis dibaca dan sebahagian besarnya tak begitu menarik kecuali satu tajuk dengan kes yang menarik dan aku rasa menyamai tulisan Robert Arthur.
Ini antara tajuk-tajuk asal dan tajuk terjemahan dalam Bahasa Malaysia. Penerbitan Fargoes & Hasratpelajar terbitkan buku-buku ini tak ikut turutan rupanya, bila buat perbandingan barulah aku sedar mana kepala & mana ekornya. Selain itu, terjemahannya juga agak kurang tepat bagi beberapa buku akibat kes-kes yang rumit dan menggunakan klue atau pembayang dalam Bahasa Inggeris, apa pun bagi aku ia boleh dimaafkan kerana memang teka-tekinya mencabar. Ada satu buku tu aku baca berpuluh-puluh kali tapi tak faham apa kaitan klue dan penyelesaiannya, bila aku refer edisi Bahasa inggerisnya barulah faham dan ‘make a sense’. Apa pun memang seronok bak kata Jalil, “ halangan membuatkan hidup ini lebih menyeronokkan ”
1. The Secret Of Terror Castle atau 16. Rahsia Rumah Jin ((Fargoes 1974-1977)) oleh Robert Arthur
2. The Mystery Of The Stuttering Parrot atau 11. Misteri Burung Kakak Tua (Fargoes 1974-1977) oleh Robert Arthur
3. The Mystery Of The Whispering Mummy atau 10. Misteri Mumia Berbisik (Fargoes 1974-1977) oleh Robert Arthur
4. The Mystery Of The Green Ghost atau 1. Misteri Hantu Hijau (Fargoes 1974-1977) oleh Robert Arthur
5. The Mystery Of The Vanishing Treasure atau 5. Misteri Harta Hilang (Fargoes 1974-1977) oleh Robert Arthur
6. The Secret Of Skeleton Island atau 6. Rahsia Pulau Puaka (Fargoes 1974-1977) oleh Robert Arthur
7. The Mystery Of The Fiery Eye atau 10. Misteri Permata Embun oleh Robert Arthur
8. The Mystery Of The Silver Spider atau 8. Misteri Lelabah Emas (Fargoes 1974-1977) oleh Robert Arthur
9. The Mystery Of The Screaming Clock atau 12. Misteri Jam Menjerit (Fargoes 1974-1977) oleh Robert Arthur
10. The Mystery Of The Moaning Cave atau 13. Misteri Gua Mengaung (Fargoes 1974-1977) oleh William Arden
11. The Mystery Of The Talking Skull atau 2. Misteri Tengkorak Hidup (Fargoes 1974-1977) oleh Robert Arthur
12. The Mystery Of The Laughing Shadow atau 2. Misteri Azimat Senoi oleh William Arden
13. The Secret Of The Crooked Cat atau 14. Misteri Kucing Bengkok (Fargoes 1974-1977) oleh William Arden
14. The Mystery Of The Coughing Dragon atau 3. Misteri Nafas Naga (Fargoes 1974-1977) oleh Nick West
15. The Mystery Of The Flaming Footprints atau 9. Misteri Jejak Berapi (Fargoes 1974-1977) oleh MV Carey
16. The Mystery Of The Nervous Lion 4. Misteri Singa Cemas (Fargoes 1974-1977) oleh Nick West
17. The Mystery Of The Singing Serpent atau 15. Misteri Ular Menyanyi (Fargoes 1974-1977) oleh MV Carey
18. The Mystery Of The Shrinking House atau 7. Misteri Pondok di Lembah (Fargoes 1974-1977) oleh William Arden

Sebahagian lagi tajuk siri ini
19. Secret Of Phantom Lake
20. The Mystery Of Monster Mountain
21. The Secret Of The Haunted Mirror
22. The Mystery Of The Dead Man's Riddle
23. The Mystery Of The Invisible Dog
24. The Mystery Of Death Trap Mine
25. The Mystery Of The Dancing Devil
26. The Mystery Of The Headless Horse
27. The Mystery Of The Magic Circle
28. The Mystery Of The Deadly Double
29. The Mystery Of The Sinister Scarecrow
30. The Secret Of The Shark Reef
31. The Mystery Of The Scar-Faced Beggar
32. The Mystery Of The Blazing Cliffs
33. The Mystery Of The Purple Pirate
34. The Mystery Of The Wandering Cave Man
35. The Mystery Of The Kidnapped Whale
36. The Mystery Of The Missing Mermaid
37. The Mystery Of The Two-Toed Pigeon
38. The Mystery Of The Smashing Glass
39. The Mystery Of The Trail Of Terror
40. The Mystery Of The Rogues' Reunion
41. The Mystery Of The Creep-Show Crooks
42. The Mystery Of Wrecker's Rock
43. The Mystery Of The Cranky Collector

Kalau ada kesempatan, aku akan cuba review buku-buku yang dalam simpanan, pastinya edisi asli tapi tak banyak dan aku masih mencari.

Terkini, sebahagian besar buku-buku asal telah berajaya ditemui. Insya Allah akan dishare dalam masa terdekat.

12 comments:

  1. Saya suka edisi kulit warna kuning-oren... ada tulis ALFRED HITCHCOCK.Ilustrasi kulit baik dan ilustrasi dalam mengesankan... tapi kertas dia kurang kualaiti... cepat lusuh... saya lebih suka edisi keluaran tahun 90an... enjoy nak baca.Kalau tengok sekarang ilustrasi dia hampeh... mcm kebudak2budakan sgt. mungkin zaman tu kita kanak2 yg matang.... saya ingat lagi list untuk keluaran selepas 18.... insyaAllah ada masa saya tolongh supplykan

    ReplyDelete
  2. Saudara baca edisi 90an ke ? Kalau nak lagi best cuba cari n baca edisi asal tahun 1976 atau 1984. Kandungannya lengkap dan cantik. Edisi selepas tahun 1985 dah diringkaskan dan banyak klue atau pembayangnya dipotong. Kalau nak lagi best baca versi asal dalam Bahasa Inggeris, cari ebook di goanweb.com

    ReplyDelete
  3. Di manakah saya boleh beli buku-buku Siri Tiga Penyiasat?

    ReplyDelete
  4. Buku-buku Alfred Hitchcock & Tiga Penyiasat masih lagi diulang cetak oleh Penerbitan Fargoes dan masih banyak di pasaran. Nak cari yang edisi asal tu susah sikit, kena rajin menjelajah library dan kedai buku lama. Good luck sebab saya pun tengah cari jugak.

    ReplyDelete
  5. saya setuju ngan duneo,,, better baca edisi english... lebih mengesankan cerita dia,,,

    ReplyDelete
  6. Kt mana nk cari buku ni? Tlg share info.

    ReplyDelete
  7. ya.. sy pun nk tanya soalan yg sama, kat mana nak cari buku2 lejen ni.. sila info

    ReplyDelete
  8. ya.. sy pun nk tanya soalan yg sama, kat mana nak cari buku2 lejen ni.. sila info

    ReplyDelete
  9. ya.. sy pun nk tanya soalan yg sama, kat mana nak cari buku2 lejen ni.. sila info

    ReplyDelete
  10. Dulu aku dlm tahun 90 an, aku kumpul buku ni... Rasanya dlm 90% complete, tapi lepas tu bila aku smbung belajar, buku ni dh dibakar nenek aku.. Sedih, gigih aku kumpul dulu..

    ReplyDelete
  11. buku ni dulu aku selalu baca secara percuma di MPH bangsar dalam tahun 90-91 mcm tu...
    nak beli x mampu..hanya mampu baca secara bersambung2 bila datang lepak disitu seminggu sekali..

    ReplyDelete