Search This Blog

Wednesday, October 24, 2012

Review : Misteri Rumah Tersembunyi

Beberapa masalah dengan buku-buku fizikal membuatkan aku berfikir bagaimana cara paling bagus untuk tukar buku-buku fizikal ini kepada buku-buku digital. Kebanyakan buku-buku dalam simpanan aku ni dah uzur sangat, tiada lagi dalam pasaran malahan klasik dan terhad jualannya. Sangat bahaya kalau baca depan anak-anak aku yang tengah membesar ni, kemungkinan buku-buku ni terkoyak atau rosak tu sangat tinggi. Pernah juga beberapa kali aku terfikir nak taip balik ke dalam word dan simpan untuk dibaca, tapi bila difikirkan balik macam tak logik, tak praktikal dan membuang masa plak. Kemudiannya kerana beberapa situasi dan masalah, Alhamdulillah dapat jugak idea bagaimana nak simpan atau ubah buku-buku simpanan aku kepada softcopy. Ideanya sepertimana gambar beberapa helai muka surat buku yang akan aku review ini. Saiznya tak besar dan tak memakan masa yang lama serta kosnya free, tapi perlu ada cara agar imejnya standard n jelas. Jika kalian ada buku-buku lama dan ada masa untuk ubahnya kepada softcopy sebegini, mungkin boleh convert n upload ke alam maya ni, so kemungkinan kita dapat bertukar-tukar buku sangat cerah, yea tak. At least, tak dapat pegang buku buku ni, dapat baca isinya pun jadilah.

Agak lama juga tak postkan review aku untuk rekod dan rujukan diri sendiri, sebenarnya aku sedar tak lah bagus sangat review-review ni, ramai kot nak kutuk tapi tak sampai hati, apapun tak kisahlah, janji boleh dikongsi bersama pengemar siri-siri Enid Blyton yang lain. Maaflah kalau review aku ni biasa-biasa je, yang penting share it.
Kali ini aku pilih kisah Lima Penyiasat & Anjing yang ke 10 dalam jujukan edisi terjemahan, kisah kumpulan yang lebih dikenali sebagai Five Find Outers & Dog dalam versi asalnya. Tajuk yang nak direview adalah Misteri Rumah Tersembunyi atau The Mystery Of The Hidden House. Buku yang dalam simpanan aku ni terbitan Hasratpelajar tahun 1985, aku dah lupa kat mana aku beli buku ni, hairan jugak sebab biasanya aku bleh recall perkara-perkara sebegini. Ikut jujukan versi asalnya, buku ini siri ke enam iaitu selepas kes Misteri Rantai Hilang, oleh itu pengalaman Lima Penyiasat & Anjing ini kiranya masih baru tapi dah agak terkenal, malah watak pembantu utama Lima Penyiasat & Anjing juga diperkenalkan dalam siri ini iaitu Niko Goon yang membuat kemunculan kali pertama. Walau bagaimanapun rupa Niko paeda awalnya digambarkan dalam cerita ini adalah seperti rupa budak bodoh, entahlah aku pun tak tau macamana rupa budak bodoh ni, agaknya hodoh tak budak Niko ni. Huh
Seringkali dalam kebanyakan kisah Lima Penyiasat & Anjing ni, selalu je bermula dengan menunggu Gemuk di stesen keretapi atau stesen bas atau dengan kata lain menunggu Gemuk dari pulang bercuti dari sekolahnya. Dan kebiasaannya, ahli-ahli yang lain yang menunggu di stesen akan mengagak bahawa kepulangan Gemuk ni mesti dengan menyamarkan diri, tapi seingat aku tak pernah sekalipun Gemuk pulang bercuti dengan menyamarkan diri. Huh, jadi agakan mereka ini sebenarnya membuta tuli dan tak ada track record rupanya, tapi apapun permulaan sebegini sebenarnya menyeronokkan atau sedikit suspen untuk memulakan sesuatu misteri yang bagus untuk disiasatkan. Lagi pula kepulangan seseorang yang belajar di sekolah berasrama bagi aku masa aku baca time kecik-kecik dulu memang hebat, almaklumlah aku tak pernah pun masuk sekolah berasrama ni, time masuk U je berpisah dari rumah. Kira memang respeklah orang yang belajar & hidup di asrama ni. Kisah kali ini bermula bila Lima Penyiasat & Anjing atau lebih tepatnya John, Samy, Mary dan Saroja tersalah meneka orang di stesen keretapi sebagai Gemuk yang sedang menyamar. Kebetulan orang yang disangkakan sebagai Gemuk tu adalah Niko Goon iaitu anak saudara Mata-mata Gelap Encik Goon atau lebih dikenali sebagai Orang Tua Berambus tu. Dah tentulah agak kurang ajar bila seorang yang gemuk dipanggil Gemuk oleh orang yang tak dikenali kan, tapi itulah yang terjadi dan akibat insiden itu, Encik Goon mengambil peluang cuba menghukum Lima Penyiasat & Anjing agar tidak terlibat dengan misteri pada cuti kali ini.
Oleh kerana tak puas hati dilarang mencari misteri, Lima Penyiasat & Anjing pun membuat rancangan untuk mengenakan Encik Goon dan anak saudaranya dengan mengada-adakan misteri olok-olok. Seingat aku dua kali plot kisah mengadakan misteri olok-olok ni muncul dalam kisah Lima Penyiasat & Anjing. Satu lagi berlaku dalam Misteri Kucing Pantomim, kalau ikut logiknya sangat serius tindakan menipu pihak polis ni, tapi kira oklah sikit sebab ia kisah yang bermotif baik dan menghiburkan. Tindakan menipu Encik Goon ni sebenarnya secara tak langsung sebab Lima Penyiasat & Anjing pada asalnya berniat untuk bergurau dengan Niko tetapi pakciknya yang tertipu, so itu penjelasan yang paling munasabah kenapa kesalahan menipu pihak polis ni dianggap menghiburkan, tapi jangan buat yea. Skrip misteri olok-olok Lima Penyiasat & Anjing pun bermula dengan Niko diperintahkan keluar menyiasat pada waktu malam berdekatan Bukit Raya. Memang zaman aku dulu, budak-budak sangat sukar nak keluar malam kerana kawalan baik dari ibu bapa, oleh itu kesempatan menjalankan tugas di waktu malam sebegitu memang dianggap mencabar dan itulah yang berlaku kepada Niko. Walau bagaimanapun, oleh kerana kebocoran maklumat yang disengajakan, Encik Goon didedahkan dengan perkara ini dan telah mengambil peluang keluar menyiasat di Bukit Raya manakala Niko pula secara tak sengaja tersesat dan terlibat dengan misteri sebenar di tempat lain. Misterinya sangat mudah, pada malam itu Niko sesat n terserempak dengan kereta yang dipandu perlahan di satu kawasan yang sunyi serta dipadamkan lampunya kecuali lampu kecil. Setelah mendengar dialog yang diucapkan oleh pemandu kenderaan, yang bagi aku dialog biasa-biasa sahaja, ia menjadi misteri. Ok mungkin juga pada masa kisah ni ditulis, jarang-jarang orang memandu kenderaan dengan lampu terpadam di kawasan sunyi dan jika terserempak dengan kenderaan berkeadaaan begitu, ia mungkin boleh mendatangkan syak wasangka kot. Tapi dari insiden inilah Lima Penyiasat & Anjing serta Niko mula menyiasat sehingga terjumpa satu rumah yang tersembunyi bernama Teratak Harum. Seterusnya berlakulah insiden-insiden yang melucukan serta menghiburkan, almaklumlah budak-budak dengan aktiviti berkumpulan semasa cuti sekolah. Nanti jika jumpa buku-buku ni dan berkesempatan membacanya, harap anda enjoy sebab misterinya tak mencabar sangat tapi menghiburkan. Aku masih lagi seronok membaca kisah ini, terutama bahagian bila Gemuk mengambil keputusan menyiasat bengkel kereta dengan menyamarkan diri menjadi Niko yang digambarkan mempunyai rupa yang bodoh. Ekoran menyamar sebagai NIko tetapi menggunakan nama sendiri yang telah dikenali ramai kerana pernah membantu pihak polis, berlaku penculikan terhadap Niko yang sebenar oleh geng penjahat ini. Bagi aku plot ini menarik dan dramatik. Selain itu, insiden misteri olok-olok yang berterusan memperbodohkan Encik Goon, perihal Niko dengan sajak-sajak separuhnya serta kewujudan rumah tersembunyi mewarnai kisah ini. Susah jugak aku nak gambarkan rumah tersembunyi ni masa baca time bebudak dulu, seingat aku kat area kampung aku tu tak adalah rumah yang tersembunyi, semua rumah dijumpai dan tak terpencil, so susahlah nak jumpa kes-kes sebegini untuk disiasat. Apapun kesempatan membacanya sewaktu budak-budak memang menyeronokkan dan ulang baca time dah berumur ni ternyata membangkitkan nostalgia. Sememangnya membaca membuatkan imaginasi kita lebih luas kerana perlu menggambarkan apa yang dibaca, tak seperti menonton tv atau filem, imaginasi terhenti kerana apa yang digambarkan tu sahaja yang perlu diterima dan dialami oleh penontonnya.