Search This Blog

Wednesday, August 17, 2011

Intro SIRI PENGEMBARAAN ENID BLYTON

Hampir 2 bulan tak review buku walaupun selalu baca buku terutama buku-buku yang baru aku jumpa masa keluar menjelajah cuti-cuti bersama keluarga sambil mencari buku. Bulan Jun 2011, ada aku pergi ke Ipoh untuk bercuti sambil singgah di Wacana Siri Bercakap Dengan Jin. Selain itu singgah juga di Novel Hut tapi jumpa satu buku lama je yang menarik.

Memang aku antara penggemar siri SBDJ ini tapi tak dapat buat review buku-bukunya sebab kesemuanya 16 buku koleksi aku dah hilang. Nasib baik banyak blog-blog yang menyiarkan ceritanya. Boleh lah aku ambil dan pindah dalam telefon, senang baca bila terluang. Tapi kalau ada buku-buku asal lagi best sebab ilustrasinya melekat dalam kepala selain tulisan. Kesempatan bertemu sendiri Saudara Tamar Jalis memang kenangan hebat sepanjang hayat.

OK, siri seterusnya yang nak aku review adalah Siri Pengembaraan Enid Blyton. Sebenarnya walaupun aku peminat setia tulisan-tulisannya, tapi siri ini aku tak pernah baca masa budak-budak. Sayang sungguh sebab tak dapat merasai pengembaraan melalui buku-buku ini sewaktu kanak-kanak. Tak tahulah, mungkin sebab tak diterjemahkan oleh Fargoes atau Hasratpelajar kot sebab edisi yang aku baru beli ini terbitan tahun 1992 oleh Penerbit Pan Earth Sdn Bhd. Tapi pernah aku nampak tajuk-tajuknya di kulit belakang buku-buku terbitan Hasratpelajar tahun 1987, cuma tak tahu pulak ceritanya menyeronokkan.

Tajuk-tajuk dalam siri ini seperti yang berikan oleh Penerbit Pan Earth Sdn Bhd ialah

1. Pengembaraan Di Pulau
2. Pengembaraan Di Istana
3. Pengembaraan Di Lembah Terasing
4. Pengembaraan Di Lautan
5. Pengembaraan Di Gunung
6. Pengembaraan Di Kapal
7. Pengembaraan Di Sarkas
8. Pengembaraan Menyusuri Sungai

Tajuk asal Bahasa Inggeris pula ialah

1. 1944 The Island of Adventure
2. 1946 The Castle of Adventure
3. 1947 The Valley of Adventure
4. 1948 The Sea of Adventure
5. 1949 The Mountain of Adventure
6. 1950 The Ship of Adventure
7. 1952 The Circus of Adventure
8. 1955 The River of Adventure

Tapi ada di kulit belakang buku terbitan Hasratpelajar tahun 1987 memberitahu ada antara siri ini turut diterbitkan tetapi dengan nama lain iaitu

1. Sungai Pengembaraan
2. Pengembaraan Dengan Sarkas

Tajuk lain tak tahu macamana bunyinya. Buku yang aku ada cuma 2 iaitu Pengembaraan Di Istana dan Pengembaraan Di Lembah Terasing.

Apa kelainan buku-buku terjemahan Penerbit Pan Earth Sdn Bhd ni ialah mereka mengekalkan nama watak dan nama tempat seperti karya asal. Agak sama dengan cara yang diambil Federal Publication







semasa menerbitkan siri Lima Sekawan.

Bagi aku tak begitu menyeronokkan sebab nama watak tu nama yang asing manakala tempat-tempatnya juga tiada di Malaysia. Tak pasti apa nama watak dan tempat dalam edisi Hasratpelajar tahun 1987 tu tapi inilah nama-nama watak dalam Siri Pengembaraan Enid Blyton terjemahan Penerbit Pan Earth Sdn Bhd yang seperti karya asalnya

1. Jack
2. Philip
3. Lucy Ann
4. Dinah
5. Kiki iaitu seekor burung kakaktua

Jack dan Lucy Ann adik beradik, begitu juga Philip dan Dinah tetapi hubungan mereka berbeza. Jack dan Lucy Ann digambarkan sangat mesra manakala Phlip dan Dinah selalu bergaduh. Jack ada seekor burung kakaktua iaitu Kiki yang sangat becok, Philip pula boleh berkawan binatang-binatang mana yang disukainya.

Jack dan Lucy Ann anak yatim piatu manakala Philip dan Dinah masih mempunyai ibu iaitu Puan Mannering. Setiap kali pengembaraan bermula, kelima-lima watak utama ini akan turut ditemani Bill Smug iaitu seorang polis/detektif.

Pengembaraan mereka sangat luas sehingga melampaui sempadan negara dan benua, kat sini aku kagum jugak dengan imaginasi Enid Blyton walaupun menulis buku untuk budak-budak tapi beliau mampu membawa cerita-cerita di luar Eropah.

Tema pengembaraan ini juga agak berat kerana melibatkan kisah-kisah pengganas dan kekacauan politik atau peperangan. Mujur lah kot aku tak jumpa dan baca masa budak-budak sebab mungkin pening. Hehehe

Walau bagaimanapun, aku baru sahaja baca 3 buku iaitu 2 yang dah dialih bahasa dan satu lagi versi asal The Island of Adventure. Dari apa yang aku tahu melalui pembacaan di internet, cerita Pengembaraan Di Lembah Terasing atau The Valley Of adventure adalah kisah terbaik dalam siri ini dan aku pun turut bersetuju walaupun kisah lain belum baca. Tapi takpa, akan cari lagi selepas ini edisi terjemannya. Dan yang pasti, memang ketiga-tiga buku ini menyeronokkan walaupun aku baca masa dah berumur 35 tahun. Masih belum terlewat merasai pengembaraan ini kan. Itulah indahnya apa yang dapat kita buat dengan membaca.

Info terbaru....baru terlihat kulit buku-buku 1974 ini, yahoo.....
Dan berjaya memiliki buku-buku tahun 1987 ini
Selamat menatap kulit bukunya