Search This Blog

Tuesday, June 29, 2010

LAGI KULIT BUKU



Review lain masa, sibuk skang ni.

KULIT BUKU LAGI...





KULIT BUKU






Aktiviti hujung minggu aku bermanafaat sungguh minggu lepas bila berjaya menjumpai beberapa lagi buku edisi asli 1984 terbitan Hasratpelajar. Walaupun kesemua buku-buku tu aku dah khatam, keinginan memilikinya masih lagi tinggi. Dapat ambil gambar pun jadilah, harap-harap akan jumpa lagi.

Thursday, June 3, 2010

Review LIMA SEKAWAN DI TEPI LAUT


Buku seterusnya dalam senarai review aku adalah Lima Sekawan Di Tepi Laut iaitu kisah percutian Lima Sekawan di Tanjung Pipit. Tajuk asal dalam Bahasa Inggeris adalah Five Go Down To The Sea, kisah bagaimana Lima Sekawan muncul di tengah-tengah aktiviti penyeludupan yang berlaku di Tanjung Pipit yang pada suatu waktu dahulu terkenal dengan kisah lanun yang menipu kapal-kapal besar dengan memberikan isyarat api palsu sehingga kapal-kapal tersebut memasuki kawasan tanjung yang bahaya dengan batu-batu karang dan tebing tinggi. Seingat aku, buku terbitan Penerbitan Hasratpelajar tahun 1984 ni dibeli pada tahun 1986 ketika aku Darjah Empat dan mengikuti rombongan sekolah ke Kuala Lumpur. Kalau tak silap, aku beli kat satu kedai di aras bawah Bangunan Dayabumi, habis duit belanja aku untuk 6 hari rombongan tu semata-mata beli buku-buku ni.
Kebetulan masa aku review buku ni, aku bercuti di tepi laut jugak sempena ulang tahun perkahwinan aku ke 6. Tapi tepi laut kat sini cuma nampak Pulau Redang dan beberapa pulau lain yang berdekatan, takde pulak kawasan bertebing tinggi dan berbatu karang yang boleh aku bayangkan seperti apa yang diceritakan dalam buku ni. Hmmmmm, tapi sememangnya percutian di tepi laut menyeronokkan, sepertimana seronoknya aku bila baca buku ni kali pertama.
Lima Sekawan mengembara kali ini dengan berbasikal dari rumah sehingga ke Stesyen Keretapi Kenari , menaiki keretapi sehingga Keledang menuju Stesyen Keretapi Tok Bomoh dan berbasikal semula sehingga sampai ke Tanjung Pipit. Macam pernah dengar nama Tanjung Pipit ni, kemungkinan kawasan di Johor kalau tak salah aku. Dan Tanjung Pipit digambarkan kawasan yang sunyi, tenang, pantai yang indah serta permai.
Watak-watak dalam kisah kali ini ialah Yan, Makcik Saroja, Pakcik Manikam, Datuk Yan, Bingo, Said, Ketua, Kumpulan Ikatan Baru dan lain-lain lagi. Oleh kerana Tanjung Pipit mempunyai sejarahnya tersendiri, Lima Sekawan sepertimana biasa tertarik untuk mengetahui kisah lampau lanun tu, sementelah lagi bila diberitahu bahawa lampu atau cahaya api dari menara masih lagi dinyalakan tanpa sebab sedangkan kisah tersebut dah berlaku berpuluh-puluh tahun yang lalu. Dengan bantuan Yan, Eddie dan Dean berjaya melihat sendiri lampu dari menara tersebut pada satu malam yang beribut dan hujan lebat. Dalam meneka siapa yang menyalakan lampu tersebut, mereka mulai sangsi dengan Pakcik Manikam yang selalu merayau malam hinggakan pada satu malam dilihat menyelongkar barangan peribadi Kumpulan Ikatan Baru.
Lupa nak perkenalkan, Kumpulan Ikatan Baru adalah kumpulan pertunjukan boneka kuda yang menjelajah kampung-kampung, kebetulan pada masa tersebut mereka nak buat pertunjukan di Tanjung Pipit dan menumpang di bangsal Makcik Saroja. Kisah telatah boneka kuda ‘Kabil’ pun mencuit hati juga hingga ada jugak aku bayangkan bagaimana hebatnya lakonan kuda tu sekiranya digayakan oleh budak-budak.
Persoalan yang ada dalam buku ini adalah kenapa lampu dari menara tersebut masih dipasang, kepada siapa isyarat tersebut dinyalakan, adakah Pakcik Manikam terlibat dengan aktiviti penyeludupan, apa yang diseludup dan lain-lain lagi berjaya dibongkarkan oleh Lima Sekawan di tengah-tengah ketenangan percutian mereka di tepi laut ini. Selain itu, mereka juga berjaya menjumpai Jalan Lanun iaitu jalan pintas bawah tanah ke tebing yang pernah digunakan oleh lanun sewaktu mengutip barang-barang dari kapal yang karam. Seronok rasanya kalau jumpa jalan-jalan rahsia sebegitu, tapi kena tengok tempatlah, kalau kawasan banyak gua-gua dan berbatuan keras serta bertebing tinggi macam dalam buku ni kira logiklah ada. Kalau aku tengok kawasan aku bercuti sekarang ni, pantainya landai jer, tebing tinggi takde pun, so memang takde la jalan bawah tanah. Lain kali cari kat tempat lain lah gitu. Apa pun itu sahaja review aku untuk buku ni, nanti sambung lagi.