Siri Lima Sekawan ialah satu siri pengembaraan yang disertai oleh tiga orang adik-beradik iaitu Eddie, Dean, Mona dan sepupu mereka yang bernama Georgiana (George) yang mempunyai anjing bernama Tompok.
Eddie, Dean, Mona dan George masih bersekolah dan dalam belasan tahun lagi. Kisah pengembaraan mereka telah dapat menghiburkan pembaca-pembaca yang terdiri dari pelbagai peringkat di seluruh dunia.
Kini 18 buah buku dari siri pengembaraan mereka telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia dan diperkenalkan untuk pembaca-pembaca di Malaysia.
Tajuk-tajuk buku yang diterjemahkan ialah seperti berikut :-
1. Di Pulau Pusaka
2. Cabut Lari
3. Di Puncak Penyamun
4. Membuat Penyiasatan
5. Berkereta Kuda
6. Di Pulau Kenari Lagi
7. Pergi Berkhemah
8. Dalam Bahaya
9. Mengembara Bersama
10. Mengembara Lagi
11. Di Tepi Laut
12. Riang Merantau
13. Ke Padang Singkir
14. Sungguh Gembira
15. Di Ladang Permai
16. Di Batu Puaka
17. Di Pulai Berbisik
18. Di Bukit Jaguh
Petikan perenggan di atas aku ambil bulat-bulat dari pengenalan yang ada di kulit belakang buku-buku Siri Lima Sekawan terbitan Penerbitan Hasratpelajar tahun 1984. Teruja bila membacanya sebab banyak pengembaraan dan tempat-tempat menarik yang dilawati. Aku dah baca kesemuanya, terjemahan yang dibuat dari versi asal Bahasa Inggeris memang tepat, menarik dan sesuai dengan suasana dan keadaan di Malaysia. Penggunaan nama-nama tempatnya seolah-olah kita boleh lawati tempat tu selepas membacanya.
Edisi terjemahan, maka watak-watak pun adalah sesuai dengan keadaan di Malaysia. Nama watak-watak utama yang telah diubah adalah seperti berikut
Eddie atau Julian
Dean atau Dick
Mona atau Anne
Georgiana (George) dikekalkan
Tompok atau Timmy
Versi asal karya Enid Blyton ini adalah The Famous Five dan mempunyai 21 buku.
21 buku eh ? Maknanya ada 3 lagi buku yang tidak diterjemah oleh Penerbitan Hasratpelajar. Aku tak pastilah kenapa 3 lagi buku tersebut tak diterjemahkan, tapi aku dah berjaya cari dan baca 3 buku-buku ini dan melengkapkan 21 buku Lima Sekawan. Kemungkinan situasi & persekitaran dalam buku tersebut tak sesuai untuk digambarkan berlaku di Malaysia, tapi bagi aku masalah cuaca tidak begitu rumit untu disesuaikan contohnya dalam buku 4 Lima Sekawan Membuat Penyiasatan atau versi asalnya buku 2 Five Go Adventuring Again, keadaan bersalji ditukarkan kepada keadaan banjir. Tapi memanglah cerita Five Get Into A Fix suasana saljinya memang agar sukar disamakan dengan keadaan banjir.
Apapun ini tajuk asalnya dalam Bahasa Inggeris
1. Five on a Treasure Island aka Di Pulau Pusaka
2. Five Go Adventuring Again aka Membuat Penyiasatan
3. Five Run Away Together aka Cabut Lari
4. Five Go To Smuggler’s Top aka Di Puncak Penyamun
5. Five Go Off In A Caravan aka Berkereta Kuda
6. Five On Kirrin Island Again aka Di Pulau Kenari Lagi
7. Five Go Off To Camp aka Pergi Berkhemah
8. Five Get Into Trouble aka Dalam Bahaya
9. Five Fall Into Adventure aka Mengembara Lagi
10. Five On A Hike Together aka Mengembara Bersama
11. Five Have A Wonderful Time aka Riang Merantau
12. Five Go Down To The Sea aka Di Tepi Laut
13. Five Go To Mystery Moor aka Ke Padang Singkir
14. Five Have Plenty Of Fun aka Sungguh Gembira
15. Five On A Secret Trail
16. Five Go To Billycock Hill aka Di Bukit Jaguh
17. Five Get Into A Fix
18. Five On Finniston Farm aka Di Ladang Permai
19. Five Go To Demon’s Rock aka Di Batu Puaka
20. Five Have Mystery To Solve aka Di Pulau Berbisik
21. Five Are Together Again
Jika diperhatikan tajuk-tajuk dalam Bahasa Malaysia perlu selari dengan ayat ‘Lima Sekawan’ dahulu diikuti tajuk buku-bukunya. Tindakan penerbitan baru yang menukarkan nama-nama beberapa buku pada aku tak begitu cantik bunyinya. Contohnya seperti Lima Sekawan Rahsia Istana Baiduri dan Lima Sekawan Lorong Gelap ? Tajuk asalnya adalah Lima Sekawan Riang Merantau dan Lima Sekawan Membuat Penyiasatan. Kan ke sedap bunyinya tu, lagi pulak terjemahannya lengkap.
Selain Penerbitan Hasratpelajar keluaran tahun 1984, setahu aku Penerbitan Fargoes tahun 1979 juga ada menerbitkan beberapa buku dalam siri Lima Sekawan ini tapi tak pernah aku jumpa kecuali Di Bukit Jaguh. Teringin aku nak tengok buku-buku tu kalau ada. Sesiapa yang memilikinya, hantar gambar kat sini pun jadilah. Tak terkecuali yang Penerbitan Hasratpelajar tahun 1984. Kalau nak sedekah atau jual kat aku pun bleh sebab aku pun masih nak cukupkan koleksi maklumlah ada yang dalam simpanan bukan edisi asli. Hehehe

Terkini lagi, hanya tinggal Lima Sekawan Di Puncak Penyamun, Lima Sekawan Membuat Penyiasatan dan Lima Sekawan Ke Padang Singkir belum dijumpa edisi asalnya.
eeiiii, best nye ada buku2 ni.. :))
ReplyDeleteBest memiliki dan membacanya
ReplyDeleteSiri Novel Famous Five terbitan Fargoes pertengahan 70an mengambil terus gambar kulit versi Knigts Publication hujung tahun 60an hingga pertengahan 70an yang dilukis oleh Betty Maxey dengan sedikit pengubahsuaian. Walau bagaimanapun, ilustrasi dalaman sama ada oleh Eileen Sopper atau Betty Maxey tidak dimuatkan. Terjemahan oleh Fargoes adalah terjemahan penuh dari versi asal sementara terbitan Hasrat Pelajar adalah edisi terjemahan yang dilakukan penyuntingan ke atas versi terjemahan Fargoes demi mengurangkan kos penerbitan dan menjadikan buku lebih murah.
ReplyDeleteTerima kasih Tuan atas komen & maklumat tadi. Saya tak pernah jumpa lain-lain buku Lima Sekawan terbitan Fargoes tahun 1970 kecuali Lima Sekawan Di Bukit Jaguh. Tapi bagi saya, terbitan Hasratpelajar tahun 1984 amat-amat lengkap seperti buku asal Bahasa Inggeris dan saya memang puas hati berbanding edisi lain. Federal Publication pun ada keluarkan terjemahan tapi dengan mengekalkan nama watak n tempat yang asal. Kalau Tuan ada gambar buku keluaran tahun 70an tu bleh la kongsi, saya kepingin nak tengok juga.
ReplyDeleteTak payah lah bertuan-tuan, panggil saja saya anonim buat masa ni:).
ReplyDeleteKalau terbitan Fargoes versi 70an saya tak ada dan sangat susah ditemui sekarang mungkin kerana cetakan yang digunakan adalah bermutu rendah dan mudah rosak bila berkali-kali dibaca atau disimpan di perpustakaan. Saya tak pasti sama ada 5 Sekawan terbitan Fargoes itu dikeluarkan dalam bentuk kulit keras. Tapi siri Nodi (Noddy) dikeluarkan dalam bentuk kulit keras.
Saya juga sedang mencari-cari versi 70an terbitan Fargoes ni. Versi terbitan Hasratpelajar masih ada dijual? Saya berminat untuk dapatkannya.
Ada saya jumpa di library lima sekawan terbitan tahun 70an, kulit keras
ReplyDeleteAda jual lagi ke sekarang buku2 ni?
ReplyDeleteCuba la cari kat kedai buku-buku lama...
Deleteada lagi siri budak2 di asrama sekolah tengku ashikin dan seri melur. Tajuk buku versi asal tak tau
ReplyDeleteBuku buku tu pun best jugak, kehidupan pelajar pompuan kat sekolah berasrama, saya pernah baca tapi rasanya tak khatam. Nanti akan review juga. TQ
DeleteKat mana ada jual buku ni? Dah lama cari
ReplyDeleteSusah dah nak cari yang edisi asal 1970 n 1980an buku-buku ni, bleh je amik scanbook yang saya letak n akan letak kat sini tapi lambat la skit
Deletesangat rindu nk baca...semua buku dlu dh hilangg..
ReplyDeleteSamalah tu...nasib baik ada lagi koleksi ni walau beberapa ada juga yang hilang
DeleteSalam.saya fiza. cik kat mana ye nak dptkn buku ni. Kt mana ada kdi2 buku lama. Sy mmg nak cari buku ni.
ReplyDeleteCuba lah kat Chowrasta...saya ada satu lagi sumber baru tapi tak nak dedahkan lagi. Kalo ade buku softcopy tu kat sini, amik je...
Deleteadmin,saye dah ke chaorasta isnin 5 raye aritu dptlh 2 buku.ape lagi 1 sumber tu kat mane kedai2 nya?chowrasta belah pulau yg belah mainland di mane nak cari ye?
DeleteWahaha, dapat 2 buku tajuk apa yea n edisi tahun berapa tuh ? Meh la kongsi gambor pun jadilah. Satu lagi sumber saya nak habiskan dulu...jangan bimbang, sumber tu tak abis. Hehe
Deletehai admin bole minta softcopy buku2 the famous five.. email saya davinakasiman78@gmail.com. tq
ReplyDeletesaya nak softcopy lima sekawan jugak.. TQ
ReplyDeletemohdizwan48@gmail.com
Boleh email 5 sekawan..
ReplyDeleteBoleh sent 5 sekawan
ReplyDeletemasrizalsaad@gmail.com
ReplyDeletehai... bo email 5 sekawan dlm softcopy kah? thanks... icebng_91@yahoo.com
ReplyDeleteTuan-Puan, tak terdaya saya nak email kepada semua. Harap boleh ambil or view sahaja apa yang saya share. Bukunya banyak yang berjaya ditemui tapi tak sempat nak share semua, saya nak baca semula pun tak sempat-sempat ni. Huhu TQ
ReplyDeletehye,sy teddy,lahir dlm tahun 70an dan masih lagi membaca buku tersebut termasuklah anak2.berkenaan dgn buku 5 sekawan,sy masih lagi menyimpan 2 tajuk buku tersebut iaitu 5 sekawan di pulau berbisik dan 5 sekawan cabut lari versi asal (fargoes).koleksi yg lain dh hancur atau hilang.untuk pengetahuan,koleksi lengkap tersebut setahu sy pernah nampak di perpustakaan besar sibu di sarawak tetapi x boleh dipinjamkan keluar.xtaulh mungkin edisi tersebut terhad.hanya boleh dibaca di perpustakaan sahaja.
ReplyDeleteape2 pun tahniah diucapkan kepada admin kerana membangkitkan balik nostalgia tersebut.sekiranya admin masih lagi mempunyai softcopy tersebut boleh lh dikirimkan ke email sy laplap9089@rocketmail.com
Hi Teddy, saya pernah tinggal di Kuching & Miri 2003-2007. Library yang selalu pergi cuma di Miri walau dah menjelajah kesemua daerah di Sarawak. Waktu tu belum ade kesedaran nak mencari balik buku lama, sayang betul tak singgah di library Sibu. TQ
DeleteSaya peminat membaca buku ini waktu sekolah rendah terbitan fargoes kulit buku oleh jaafar Taib. Hinggalah sekarang saya berjumpa buku2 ini di perpustakaan negara malaysia. mengembalikan nostalgia zaman sekolah rendah 70an.
ReplyDeletesy peminat tegar buku cerita ni masa sek rendah thn 85-87. masih dpt menghayati setiap jalan ceritanya..mmg betul kisahnya seolah2 kita turut sama dlm cerita tu...😍😍😍😍
ReplyDeletebaru terjumpa kisah 5sekawan, tu pun setelah anak2 membesar sebaya kita dulu masa kenal dgn buku ni.. nak cari utk anak2 baca mcm kita baca dulu, sbb penceritaanpence sekarang tak sama mcm buku2 dulu.. jika ada softcopy send to me?
ReplyDeleteMana nak dapat lagi buku2 cerita ni dalam bahasa melayu...kalau ada memang nak beli
ReplyDeleteSangat suka membaca buku2 ni sejak zaman sekolah smpi lah sekarang tahun 2019.masih menyimpan ada 10 buah buku
ReplyDeleteSy ada buku ni. 5 sekawan mengembara bersama.
ReplyDeleteHarini saya cuba google cari kisah 5 penyiasat ni.. Ada lg rupanya walaupun hampir 30 tahun berlalu..selalu dpt hadiah buku2 ni di hari anugerah.. Seronok nya.. Menggamit kenangan sungguh😊
ReplyDeleteHai...saya antara peminat siri 5 Sekawan.Baru ni saya ada beli di Shopee.Saya dapat episod 3,4,6,7 dan 8 keluaran 2014.Kalau boleh saya nak dapatkan edisi sebagaimana tuan review di atas.kalau tuan ada softcopy please share dengan saya.sebab edisi 2014 telah diedit dan diolah walaupun watak dan plot ceritanya sama.
ReplyDeleteMasa sekolah rendah dulu kerap baca kat library sekolah..pinjam pun ada
ReplyDelete