Search This Blog

Sunday, February 20, 2011

Review MISTERI SINGA CEMAS




Tak banyak buku asal Siri Alfred Hitchcock & Tiga Penyiasat ada dalam simpanan aku. Rasanya lebih kurang 6 buah je, yang lainnya kebanyakan terbitan tahun 1990an yang rata-rata telah dipendekkan jalan ceritanya sehingga menghilangkan keaslian cerita tersebut. Seingat aku, buku pertama yang meperkenalkan aku dengan Siri Alfred Hitchcock & Tiga Penyiasat adalah Misteri Kucing Bengkok. Sangat menarik kisahnya dan pelik, baca tajuk pun dah tau, apatah lagi masa aku mula-mula baca pada usia 11 tahun. Ntah buku sapa ntah yang aku jumpa kat rumah, maybe kepunyaan salah seorang abang atau kakak-kakak aku. Dan sejak jumpa buku tu, aku cuba sebaik mungkin untuk simpannya sehingga kini selain berusaha mencari dan baca tajuk-tajuk lain dalam Siri Alfred Hitchcock & Tiga Penyiasat, tapi edisi asal yang masih dalam simpanan ni dah uzur sangat, kulit depannya dah hilang termasuk ¼ isi kandungannya, ada aku beli gantinya tapi bila dibandingkan isinya memang berbeza. Kalaulah pihak Penerbitan Fargoes boleh ulang cetak apa yang diterbitkan pada tahun 1976 dulu tu kan ke bagus.

Apapun, kes yang aku nak review ni pun tak kurang hebatnya. Tajuknya Misteri Singa Cemas atau tajuk asal The Mystery Of The Nervous Lion. Buku yang dalam simpanan ni terbitan tahun 1976 seusia aku rupanya buku ni, patutlah dah usang ngat. Boleh bayangkan tak apa yang akan disiasat oleh Tiga Penyiasat kali ini ?. Sedikit intro, kalau ikut susunan asal versi Inggeris, ini buku ke 16 hasil tulisan Nick West. Kisahnya secara ringkas bagaimana Tiga Penyiasat seperti kebanyakan kesnya diperkenalkan dengan masalah, teka-teki, rahsia dan sebagainya melalui Alfred Hitchcock. Kali ini mereka diminta membantu seorang kawan Alfred Hitchcock yang memiliki sebuah kawasan perlindungan haiwan seumpama zoo iaitu Rimba Raya mencari jawapan kenapa singa peliharaannya cemas.

Kehebatan dan keunikan watak Jalil antara sebab cerita ini dan lain-lain Siri Alfred Hitchcock & Tiga Penyiasat menarik, kebiasaannya Penyiasat Pertama ini mengungkapkan sesuatu pernyataan dengan hujahan berbelit-belit tapi logik dan masuk akal. Pertama kali diperkenalkan dengan watak ini membuatkan aku berfikir, persepsi seseorang memang boleh berbeza-beza walaupun melihat sesuatu yang sama. Terpulang bagaimana kita menggunakan akal kita dan mengembangkannya. Selain itu, moto mereka yang unik & positif , cara mereka memperkenalkan diri dan bagaimana setiap kali diperkenalkan logo pasukan mereka, ia akan sentiasa menerbitkan soalan serta menarik perhatian dan inilah yang menjadi identiti tersendiri mereka cantik. Tempat tinggal dan kawasan persekitaran meraka adalah di Damansara, aku yang masa budak-budak dulu tak pernah keluar Kelantan rasa Damansara tu suatu tempat yang asing serta hebat kerana adanya Tiga Penyiasat tu. Huhu memang percaya bulat-bulat time tu.

Permasalahan dengan haiwan liar seperti singa yang cemas, bagi budak-budak dan orang dewasa sekalipun adalah bahaya, justeru bagaimana menyelesaikan kes melibatkan sesuatu yang berbahaya memang mendebarkan. Suasana tempat seperti Rimba Raya pula menyeramkan, dengan kehadiran haiwan liar lain seperti gorila dan harimau kumbang yang pernah terlepas dari sangkarnya, tidak termasuk singa yang cemas memang mencemaskan.

Terdapat kod yang menarik diungkapkan dalam buku ini, aku yang dah lama tak baca cerita ni masih lagi ingat kod unik ni iaitu
DOX ROX NOX EX REX BOX.
Dengan pengetahuan Bahasa Inggeris yang sedikit masa budak-budak dulu, aku anggap kod ni sangat menakjubkan. Nasib baik masa diorang buat terjemahan dulu, kod ni tak diterjemahkan sekali, kalau tidak mungkin pelik jadinya.

Selain masalah dengan singa, Tiga Penyiasat juga menemui satu kes berkaitan penyeludupan berlian dan rupa-rupanya ia berkaitan. Antara watak-watak dalam buku ini selain watak utama Alfred Hitchcock & Tiga Penyiasat ialah pemilik Rimba Raya iaitu Joo Ngan, anak saudaranya Joo Lan, Manis, Doktor Dorai, Han Siong, Joo Meng, Omar/Darus dan ramai lagi.

Info berguna pasal berlian pun diberitahu melalui buku ini. Dulu tak banyak sangat rencana di tv, jadi pengetahuan sebegini yang diselitkan dicelah-celah kes bagi aku sangat bermakna dan menarik.

Aku tak rasa nak terangkan secara terperinci kisah dalam buku ini, cukuplah kalau dikatakan ia kes yang unik, mendebarkan dan sekiranya anda belum pernah membacanya, mungkin boleh buat tekaan apa jenayahnya, siapa penjenayahnya, bagaimana jenayah dilakukan atau sekurang-kurangnya pecahkan kod tadi atau teka di mana berlian disembunyikan sebelum akhir cerita.

Sudah menjadi rutin bagi setiap penutup kes Siri Alfred Hitchcock & Tiga Penyiasat, akan ada satu bahagian yang menerangkan perkara-perkara dan persoalan yang belum dirungkai untuk pegetahuan dan kefahaman pembaca, kira macama review lah ni. Bagi aku, terjemahan yang dibuat oleh Sidang Pengarangnya memang bagus dan tepat, tak jumpa tempat yang aku tak faham dan enjoy dengan kesnya. Nanti review buku lain pulak.

Tuesday, February 15, 2011

Intro SIRI TIGA PENYIASAT ALFRED HITCHCOCK




Satu lagi siri bacaan yang aku ikuti dari dulu sehingga kini adalah Siri Tiga Penyiasat Alfred Hitchcock terutama yang dialih bahasa. Kalau tak silap versi asalnya ada 43 tajuk tapi belum habis kesemuanya aku baca dan tak pasti berapa jumlah yang telah dialih bahasakan. Yang pastinya 18 tajuk-tajuk terawal siri tersebut paling best dan original jalan ceritanya kerana mendapat sentuhan penulis asal. Bukanlah Alfred Hitchcock si pengarah tersohor tu yang tulis, cuma digunakan namanya untuk melariskan jualan buku tersebut atau sekadar publisiti sahaja. Mengikut ceritanya penulis asal adalah Robert Arthur dengan 10 tajuk terawal diikuti oleh penulis seperti William Arden, Nick West dan M. V. Carey yang bergilir-gilir menulis siri tersebut selepas kematian Robert Arthur.
Tapi aku tak kisah sangat siapa penulisnya masa awal diperkenalkan dengan siri ini kerana jalan ceritanya yang menarik dan ada kesinambungan di antara tajuk-tajuk tersebut. Selepas kematian Alfred Hitchcock, pihak penerbitan telah dilarang menggunakan nama Alfred Hitchcock justeru penerbitan siri ini dengan tajuk asal Alfred Hitchcock & The Three Investigator telah ditukar kepada The Three Investigator sahaja manakala watak Alfred Hitchcock yang selalu muncul di awal dan akhir siri ini digantikan dengan watak penulis kisah misteri Sebastian Hector. Tapi itu tak berlaku rasanya untuk buku-buku yang dialih bahasa di Malaysia ni, cuma kalau terjumpa ulang cetak Penerbitan Fargoes terutama selepas tahun 1990 hingga kini, isi kandungannya sangatlah berbeza dan tergantung akibat banyak sangat diringkaskan mengakibatkan jalan ceritanya sangat-sangat membosankan dan tak difahami. Nasib baik aku ada beberapa buku asal Penerbitan Fargoes & Hasratpelajar terbitan tahun 1970 & 1980an serta kesemua e-book siri ini dalam Bahasa Inggeris untuk bacaan dan aku buat perbandingan.
Siri Tiga Penyiasat Alfred Hitchcock yang dialih bahasa mempunyai watak-watak Satu Malaysia iaitu Jalil atau watak asalnya Jupiter Jones, Gopal atau Peter Crenshaw dan Ah Meng atau Bob Andrews. Mereka mempunyai organisasi yang tersusun dan cantik dengan moto “Kami Menyiasat Apa Saja”, kumpulan ini diketuai oleh Jalil sebagai Penyiasat Pertama atau dipanggil Pertama, Gopal sebagai Penyiasat Kedua atau Kedua dan Ah Meng sebagai Rekod & Penyelidikan atau dipanggil Rekod. Pusat operasi mereka adalah di Bengkel Pertukangan Melati yang diusahakan oleh bapa saudara Jalil, diorang ada pejabat kat dalam bengkel ni atau lebih tepat tempat jualan barang-barang lusuh.
Banyak yang menarik pasal siri ini, antaranya kehebatan Jalil sendiri menaakul atau membuat analisa terperinci dan logik, Gopal pula dengan kekuatan fizikal dan cergas serta Ah Meng sebagai pusat rujukan. Kebiasaannya mereka berhadapan misteri-misteri yang aneh dan canggih yang diperolehi melalui Alfred Hitchcock, tugasan yang pelik-pelik, teka-teki, muslihat, rahsia dan sebagainya. Selain itu mereka juga mempunyai kad kuasa penyiasat daripada pihak polis selain mempunyai kenderaan mewah dan seorang pemandu untuk kegunaan kelab mereka dalam tajuk-tajuk awal siri ini. Kehebatan Jalil berfikir bagi aku macam cara Sherlock Holmes berfikir dan selesaikan kes. Tak seperti Gemuk dalam siri Lima Penyiasat & Anjing yang lebih relaks dan santai, apa yang diselesaikan oleh Jalil & the gang memang rumit. Sekurang-kurangnya begitulah tanggapan aku dan ia sentiasa menyeronokan.
18 tajuk awal siri ini memang dah khatam dan memang diakui best, tapi bagi 25 tajuk seterusnya belum lagi habis dibaca dan sebahagian besarnya tak begitu menarik kecuali satu tajuk dengan kes yang menarik dan aku rasa menyamai tulisan Robert Arthur.
Ini antara tajuk-tajuk asal dan tajuk terjemahan dalam Bahasa Malaysia. Penerbitan Fargoes & Hasratpelajar terbitkan buku-buku ini tak ikut turutan rupanya, bila buat perbandingan barulah aku sedar mana kepala & mana ekornya. Selain itu, terjemahannya juga agak kurang tepat bagi beberapa buku akibat kes-kes yang rumit dan menggunakan klue atau pembayang dalam Bahasa Inggeris, apa pun bagi aku ia boleh dimaafkan kerana memang teka-tekinya mencabar. Ada satu buku tu aku baca berpuluh-puluh kali tapi tak faham apa kaitan klue dan penyelesaiannya, bila aku refer edisi Bahasa inggerisnya barulah faham dan ‘make a sense’. Apa pun memang seronok bak kata Jalil, “ halangan membuatkan hidup ini lebih menyeronokkan ”
1. The Secret Of Terror Castle atau 16. Rahsia Rumah Jin ((Fargoes 1974-1977)) oleh Robert Arthur
2. The Mystery Of The Stuttering Parrot atau 11. Misteri Burung Kakak Tua (Fargoes 1974-1977) oleh Robert Arthur
3. The Mystery Of The Whispering Mummy atau 10. Misteri Mumia Berbisik (Fargoes 1974-1977) oleh Robert Arthur
4. The Mystery Of The Green Ghost atau 1. Misteri Hantu Hijau (Fargoes 1974-1977) oleh Robert Arthur
5. The Mystery Of The Vanishing Treasure atau 5. Misteri Harta Hilang (Fargoes 1974-1977) oleh Robert Arthur
6. The Secret Of Skeleton Island atau 6. Rahsia Pulau Puaka (Fargoes 1974-1977) oleh Robert Arthur
7. The Mystery Of The Fiery Eye atau 10. Misteri Permata Embun oleh Robert Arthur
8. The Mystery Of The Silver Spider atau 8. Misteri Lelabah Emas (Fargoes 1974-1977) oleh Robert Arthur
9. The Mystery Of The Screaming Clock atau 12. Misteri Jam Menjerit (Fargoes 1974-1977) oleh Robert Arthur
10. The Mystery Of The Moaning Cave atau 13. Misteri Gua Mengaung (Fargoes 1974-1977) oleh William Arden
11. The Mystery Of The Talking Skull atau 2. Misteri Tengkorak Hidup (Fargoes 1974-1977) oleh Robert Arthur
12. The Mystery Of The Laughing Shadow atau 2. Misteri Azimat Senoi oleh William Arden
13. The Secret Of The Crooked Cat atau 14. Misteri Kucing Bengkok (Fargoes 1974-1977) oleh William Arden
14. The Mystery Of The Coughing Dragon atau 3. Misteri Nafas Naga (Fargoes 1974-1977) oleh Nick West
15. The Mystery Of The Flaming Footprints atau 9. Misteri Jejak Berapi (Fargoes 1974-1977) oleh MV Carey
16. The Mystery Of The Nervous Lion 4. Misteri Singa Cemas (Fargoes 1974-1977) oleh Nick West
17. The Mystery Of The Singing Serpent atau 15. Misteri Ular Menyanyi (Fargoes 1974-1977) oleh MV Carey
18. The Mystery Of The Shrinking House atau 7. Misteri Pondok di Lembah (Fargoes 1974-1977) oleh William Arden

Sebahagian lagi tajuk siri ini
19. Secret Of Phantom Lake
20. The Mystery Of Monster Mountain
21. The Secret Of The Haunted Mirror
22. The Mystery Of The Dead Man's Riddle
23. The Mystery Of The Invisible Dog
24. The Mystery Of Death Trap Mine
25. The Mystery Of The Dancing Devil
26. The Mystery Of The Headless Horse
27. The Mystery Of The Magic Circle
28. The Mystery Of The Deadly Double
29. The Mystery Of The Sinister Scarecrow
30. The Secret Of The Shark Reef
31. The Mystery Of The Scar-Faced Beggar
32. The Mystery Of The Blazing Cliffs
33. The Mystery Of The Purple Pirate
34. The Mystery Of The Wandering Cave Man
35. The Mystery Of The Kidnapped Whale
36. The Mystery Of The Missing Mermaid
37. The Mystery Of The Two-Toed Pigeon
38. The Mystery Of The Smashing Glass
39. The Mystery Of The Trail Of Terror
40. The Mystery Of The Rogues' Reunion
41. The Mystery Of The Creep-Show Crooks
42. The Mystery Of Wrecker's Rock
43. The Mystery Of The Cranky Collector

Kalau ada kesempatan, aku akan cuba review buku-buku yang dalam simpanan, pastinya edisi asli tapi tak banyak dan aku masih mencari.

Terkini, sebahagian besar buku-buku asal telah berajaya ditemui. Insya Allah akan dishare dalam masa terdekat.