Search This Blog
Wednesday, July 11, 2012
Review Lima Sekawan Di Bukit Jaguh
Lima Sekawan Di Bukit Jaguh adalah buku ke 18 dalam senarai siri Lima Sekawan yang diterbitkan oleh Penerbitan Hasratpelajar, kiranya cam buku terakhirlah dalam siri ini sebelum aku tahu sebenarnya ada 21 buku kesemuanya. Sebenarnya jujukan senarai Hasratpelajar tu tak ikut susunan yang betul, buku ini bukan penamat siri Lima Sekawan. Aku pernah 2 kali memiliki buku ini iaitu edisi Penerbitan Fargoes tahun 70an tapi sayang sungguh kedua-dua buku tu hilang. Alhamdulillah berjaya juga jumpa edisi tahun 1984 ni yang sangat berharga bagi aku kerana mempunyai sentimental value yang tinggi. Versi Inggerisnya bertajuk Five Go To Billycock Hill iaitu buku ke 16 dari 21 buku.
Beberapa perkara unik yang aku dapat recall sebelum baca balik setelah sekian lama tak jumpa, antaranya Lima Sekawan mempunyai ‘peti sejuk’ sewaktu berkhemah, hehe peti sejuk tu adalah satu ruang tempat menyimpan barang di bawah aliran air sungai kecil di kawasan perkhemahan mereka. Lagi satu pasal medan lapangan terbang rahsia yang bersebelahan dengan tempat berkhemah mereka dan juga ladang rama-rama.
Apa yang membuatkan aku tergerak nak review cerita ni sebenarnya sebab aku terjumpa satu tempat di Terengganu yang hampir menyamai gambaran tempat di Bukit Jaguh. Mungkin anda pernah dengar atau melalui kawasan ke Lapangan Terbang Tentera Gong Kedak, entahlah tapi bagi aku keadaan lapangan terbang yang tersorok tu dan dengan adanya bukit kecil di sebelah belakangnya membuatkan aku terbayangkan pengembaraan Lima Sekawan Di Bukit Jaguh. Mungkin kalau aku membesar di kawasan Gong Kedak ni dan membaca Lima Sekawan Di Bukit Jaguh sewaktu berumur 9 atau 10 tahun, rasanya mungkin aku akan cuba berkhemah di atas bukit dan memerhatikan lapangan terbang ni, manalah tahu kot-kot ada insiden yang sama, huh taksub tul tuh.
Watak-watak sampingan kali ini adalah Ah Keong, Ah Lek, Kontot, Leftenan Udara Jeffry Kam, Leftenan Udara Adnan, Nyonya Kam, Encik Kandasamy, Encik Harban Singh, Babu, Orang Tua Meena dan beberapa orang lagi.
Kali ini kisahnya Lima Sekawan bercuti di kawasan berbukit bersebelahan ladang kawan Eddie dan Dean yang bernama Ah Keong, Bukit Jaguh nama tempatnya dan di kawasan tersebut ada banyak gua-gua yang menarik untuk dijelajahi selain terdapat juga satu ladang rama-rama. Kewujudan kawasan medan terbang tu pula Lima Sekawan hanya tahu setelah berkhemah di Bukit Jaguh, maklumlah tempat tu kan ke rahsia.
Lima Sekawan bergerak ke Bukit Jaguh dengan berbasikal dari Teratak Kenari, perjalanan tersebut memang digambarkan menyeronokan, merentas desa, bukit, lembah dan pantai dengan basikal bersama-sama melalui jalan kampung, berehat-rehat di beberapa tempat dan berkelah. Memang teruja membacanya terutama sewaktu kanak-kanak. Boleh tak benda sebegini berlaku agaknya, entahlah tapi imaginasi time budak dulu kata boleh, sekarang kalau nak buat rasa tak berapa selamat kot.
Setibanya di Bukit Jaguh, mereka singgah di Ladang Ah Keong untuk mengambil bekalan, khemah dan berkenalan dengan keluarga Ah Keong. Adik Ah Keong iaitu Ah Lek mempunyai seekor anak kambing dipanggil Kontot iaitu antara watak penting jugak dalam kisah ini. Dalam versi asal Inggeris, haiwan ni seekor anak khinzir/babi, diubah kepada anak kambing bagi tujuan kesesuaian kot. Tapi kalau tak salah aku, dalam versi Penerbitan Fargoes tahun 70an, Kontot seekor anak biri-biri, entahlah yang mana betul. Kemudiannya Lima Sekawan mengambil keputusan untuk berkhemah di satu tempat yang menarik atas Bukit Jaguh, ia berdekatan dengan anak sungai serta boleh nampak medan terbang dan ladang Ah Keong, dan kat sinilah Mona jumpa ‘peti sejuk’ tu. Oleh kerana cuaca baik, Lima Sekawan tak pasang khemah tapi tidur berbumbungkan langit. Yang ni memang aku pernah buat masa camping kat Taman Negara tahun 1992 selepas exam SRP tapi bila masuk jam 3 pagi kami berempat bangun kena pasang khemah jugak sebab sejuk beb, embun turun, kat Malaysia tak sesuai kot heh.
Ok, ringkas ceritanya kat tepi Bukit Jaguh ada satu medan terbang rahsia yang dimiliki kerajaan. Kebetulan sepupu Ah Keong iaitu Leftenan Udara Jefrey Kam salah seorang juruterbang di situ dan sangat disegani. Walaupun ia medan terbang rahsia, tapi orang jahat jumpa jugak dan pada satu malam yang gelap dan beribut kencang, musuh membuat cubaan melarikan 2 kapal terbang kerajaan beserta menculik 2 juruterbang termasuklah sepupu Ah Keong. Situasi menjadi rumit bila pihak polis yang menyiasat mendapat petunjuk yang Leftenan Udara Jefrey Kam antara dalang dalam cubaan melarikan kapal terbang tersebut. Lima Sekawan yang kebetulan berkhemah di kawasan tersebut juga cuba membantu dengan membuat sedikit penyiasatan. Kebetulan pula mereka mendengar sesuatu yang pelik pada malam kejadian yang gelap dan beribut itu. Rupanya ia ada kaitan dengan peristiwa tersebut dan didapati penyangak/musuh-musuh itu bersembunyi di Ladang Rama-Rama.
Dan selepas melalui beberapa peristiwa, masalah terakhir yang cuba diselesaikan Lima Sekawan adalah mengesan di mana kedua-dua juruterbang kerajaan yang diculik itu disembunyikan dan usaha mengesan mereka ini yang menjadi kemuncak cerita ini. Seperti biasa Lima Sekawan berjaya dengan bantuan Kontot. Hadiah kejayaan Lima Sekawan kali ini adalah dibawa terbang dengan kapal terbang oleh Leftenan Udara Jefrey Kam. Kiranya ini adalah kisah Lima Sekawan berdepan perisikan/pengintipan pihak negara luar yang cuba mensabotaj harta negara lagaknya. Bukan cerita terbaik Lima Sekawan tapi masih lagi sangat teruja membacanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sedih la sekarang buku2 misteri/penyiasatan semua grafik dah tukar jadi kebudak2kan. cth: siri 3 penyiasat edisi cetakan terbaru. (xsilap 2010 - masih dari Fargoes) penjualan buku pun diletakkan di bahagia kanak-kanak... tapi mengapa dulu kita kanak2 ley baca uku penyiasat yg rata2 berumo 18 thn ke 20 thn???? :(
ReplyDeleteHhmmm, rasa saya semua ni memang buku kanak-kanak. Tapi disebabkan saya dan mungkin anda membesar dengannya menyebabkan membaca buku-buku ini tidak menjemukan.Katanya karya Enid Blyton dan Alfred Hitchcock Tiga Penyiasat ni masih dibaca peminatnya yang berumur antara umur 7 hingga 60 tahun (versi asal). Cuma yang tak bestnya kat sini edisi terjemahan telah diubah seringkas-ringkasnya.
ReplyDeleteBetul, setuju pendpt duneo, tp grafik kulit dan dalam mmg kartoon habis dah hmpphh (x mcm zaman kita dulu)... mungkin nak tarik pembaca sekolah rendah...
ReplyDeleteBtw, saya ada survey kedai buku Jalan Tun HS Lee. tgkat atas, mmg diorg ada jual koleksi terpakai edisi hasrat 1985 (ND, HB, 3P, Enid blyton)... tapi harga Mak Oii nauzubillah... kira kalu harga asal buku tu boleh dpt 5 bijik la... tak patut tol...
p/s: Berharga jugak buku2 penyiasatan ni kan... masih ada org yg cari2
Lukisan kulit buku terkini tu memang tul lah tu, tak best...Ada pergi kedai tu ? Tak friendly ngat salesperson tu, kalo pandai bargain bleh dapat murah lagi tu. Hehe
DeletekLu ble nak beli semua koleksi siri penyiasatan Enid Blyton tapi tak taw kat mana ada..:(
ReplyDeletetau nak beli kat siri pengembaraan terbitan panearth, yang terpakai pun ok? Punya lah pening cari kat kedai buku terpakai Penang, balik tak dapat apa pun.
ReplyDeleteKesiannya, mungkin ada lagi tu. Kedai buku lama tu kalau nasib baik adalah buku-buku tu.
Delete