Search This Blog

Sunday, February 20, 2011

Review MISTERI SINGA CEMAS




Tak banyak buku asal Siri Alfred Hitchcock & Tiga Penyiasat ada dalam simpanan aku. Rasanya lebih kurang 6 buah je, yang lainnya kebanyakan terbitan tahun 1990an yang rata-rata telah dipendekkan jalan ceritanya sehingga menghilangkan keaslian cerita tersebut. Seingat aku, buku pertama yang meperkenalkan aku dengan Siri Alfred Hitchcock & Tiga Penyiasat adalah Misteri Kucing Bengkok. Sangat menarik kisahnya dan pelik, baca tajuk pun dah tau, apatah lagi masa aku mula-mula baca pada usia 11 tahun. Ntah buku sapa ntah yang aku jumpa kat rumah, maybe kepunyaan salah seorang abang atau kakak-kakak aku. Dan sejak jumpa buku tu, aku cuba sebaik mungkin untuk simpannya sehingga kini selain berusaha mencari dan baca tajuk-tajuk lain dalam Siri Alfred Hitchcock & Tiga Penyiasat, tapi edisi asal yang masih dalam simpanan ni dah uzur sangat, kulit depannya dah hilang termasuk ¼ isi kandungannya, ada aku beli gantinya tapi bila dibandingkan isinya memang berbeza. Kalaulah pihak Penerbitan Fargoes boleh ulang cetak apa yang diterbitkan pada tahun 1976 dulu tu kan ke bagus.

Apapun, kes yang aku nak review ni pun tak kurang hebatnya. Tajuknya Misteri Singa Cemas atau tajuk asal The Mystery Of The Nervous Lion. Buku yang dalam simpanan ni terbitan tahun 1976 seusia aku rupanya buku ni, patutlah dah usang ngat. Boleh bayangkan tak apa yang akan disiasat oleh Tiga Penyiasat kali ini ?. Sedikit intro, kalau ikut susunan asal versi Inggeris, ini buku ke 16 hasil tulisan Nick West. Kisahnya secara ringkas bagaimana Tiga Penyiasat seperti kebanyakan kesnya diperkenalkan dengan masalah, teka-teki, rahsia dan sebagainya melalui Alfred Hitchcock. Kali ini mereka diminta membantu seorang kawan Alfred Hitchcock yang memiliki sebuah kawasan perlindungan haiwan seumpama zoo iaitu Rimba Raya mencari jawapan kenapa singa peliharaannya cemas.

Kehebatan dan keunikan watak Jalil antara sebab cerita ini dan lain-lain Siri Alfred Hitchcock & Tiga Penyiasat menarik, kebiasaannya Penyiasat Pertama ini mengungkapkan sesuatu pernyataan dengan hujahan berbelit-belit tapi logik dan masuk akal. Pertama kali diperkenalkan dengan watak ini membuatkan aku berfikir, persepsi seseorang memang boleh berbeza-beza walaupun melihat sesuatu yang sama. Terpulang bagaimana kita menggunakan akal kita dan mengembangkannya. Selain itu, moto mereka yang unik & positif , cara mereka memperkenalkan diri dan bagaimana setiap kali diperkenalkan logo pasukan mereka, ia akan sentiasa menerbitkan soalan serta menarik perhatian dan inilah yang menjadi identiti tersendiri mereka cantik. Tempat tinggal dan kawasan persekitaran meraka adalah di Damansara, aku yang masa budak-budak dulu tak pernah keluar Kelantan rasa Damansara tu suatu tempat yang asing serta hebat kerana adanya Tiga Penyiasat tu. Huhu memang percaya bulat-bulat time tu.

Permasalahan dengan haiwan liar seperti singa yang cemas, bagi budak-budak dan orang dewasa sekalipun adalah bahaya, justeru bagaimana menyelesaikan kes melibatkan sesuatu yang berbahaya memang mendebarkan. Suasana tempat seperti Rimba Raya pula menyeramkan, dengan kehadiran haiwan liar lain seperti gorila dan harimau kumbang yang pernah terlepas dari sangkarnya, tidak termasuk singa yang cemas memang mencemaskan.

Terdapat kod yang menarik diungkapkan dalam buku ini, aku yang dah lama tak baca cerita ni masih lagi ingat kod unik ni iaitu
DOX ROX NOX EX REX BOX.
Dengan pengetahuan Bahasa Inggeris yang sedikit masa budak-budak dulu, aku anggap kod ni sangat menakjubkan. Nasib baik masa diorang buat terjemahan dulu, kod ni tak diterjemahkan sekali, kalau tidak mungkin pelik jadinya.

Selain masalah dengan singa, Tiga Penyiasat juga menemui satu kes berkaitan penyeludupan berlian dan rupa-rupanya ia berkaitan. Antara watak-watak dalam buku ini selain watak utama Alfred Hitchcock & Tiga Penyiasat ialah pemilik Rimba Raya iaitu Joo Ngan, anak saudaranya Joo Lan, Manis, Doktor Dorai, Han Siong, Joo Meng, Omar/Darus dan ramai lagi.

Info berguna pasal berlian pun diberitahu melalui buku ini. Dulu tak banyak sangat rencana di tv, jadi pengetahuan sebegini yang diselitkan dicelah-celah kes bagi aku sangat bermakna dan menarik.

Aku tak rasa nak terangkan secara terperinci kisah dalam buku ini, cukuplah kalau dikatakan ia kes yang unik, mendebarkan dan sekiranya anda belum pernah membacanya, mungkin boleh buat tekaan apa jenayahnya, siapa penjenayahnya, bagaimana jenayah dilakukan atau sekurang-kurangnya pecahkan kod tadi atau teka di mana berlian disembunyikan sebelum akhir cerita.

Sudah menjadi rutin bagi setiap penutup kes Siri Alfred Hitchcock & Tiga Penyiasat, akan ada satu bahagian yang menerangkan perkara-perkara dan persoalan yang belum dirungkai untuk pegetahuan dan kefahaman pembaca, kira macama review lah ni. Bagi aku, terjemahan yang dibuat oleh Sidang Pengarangnya memang bagus dan tepat, tak jumpa tempat yang aku tak faham dan enjoy dengan kesnya. Nanti review buku lain pulak.

2 comments:

  1. Paling best dalam siri Tiga penyiasat ni MISTERI HANTU HIJAU dan RAHSIA RUMAH JIN. Masa time sekolah2 dulu baca mmg gerun... especially library sekolah tu mmg haunted. Tapi kalau baca balik sekarang, biasa2 jer... lain2 judul Azimat Senoi, Tengkorak Hidup, Mumia Berbisik, Ular Menyanyi (pun gerun), Nafas Naga, Jejak Berapi, Jam Menjerit, Raksasa Gunung... arghhh kira hampir semualah...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas komen tadi, saya tak percaya bila saudara baca sekarang rasa biasa-biasa je, memang kita dah dewasa tapi memori kita semasa budak-budak tu akan menjelma masa kita baca balik cerita ni. Maklumlah membesar dengannya. Mungkin saya je kot....Hehehe

    ReplyDelete