Search This Blog

Tuesday, December 21, 2010

Intro SIRI PENGEMBARAAN WILLARD PRICE






Bacaan seterusnya yang ada dalam koleksi adalah Siri Pengembaraan hasil tulisan Willard Price. Tak pasti berapa sebenarnya jumlah buku yang diterbitkan oleh Eastern Universities Press (M) Sdn Bhd tapi pada mulanya aku diperkenalkan dengan Pengembaraan Ke Gunung Berapi dan Pengembaraan Memburu Gajah. Kedua-dua buku hadiah dari Abg Aziz yang cuba mengeluarkan aku dari hanya membaca dan meminati cerita-cerita Enid Blyton, Siri Hadi, Siri Salma dan Alfred Hitchcock.
Pendedahan yang bagus, terima kasih banyak-banyak tapi cuma 2 buku dari siri ini yang aku ada dan baca sejak umur 8 hingga 33 tahun. Pernah terlintas untuk cukupkan koleksi tapi keinginan tu tak sekuat koleksi 4 yang utama. Hanyalah baru-baru ini, berpeluang ke syurga buku lama di Chowrasta dan dapat menambahkan koleksi aku kepada 6 buku. Sekarang memang susah nak cari buku-buku ni, dah masuk kategori edisi terhad dan klasik. Antara yang terbaru dalam koleksi adalah Pengembaraan Memburu Singa, Pengembaraan Kanibal, Pengembaraan Afrika dan Pengembaraan Memburu Ikan Paus. Aku juga dapat beli Pengembaraan Ke Gunung Berapi bagi menggantikan buku asal yang koyak dan uzur sangat. Kesemua buku-buku ini tebitan tahun 1977 dan tak lagi dikeluarkan sehingga kini. Itu yang aku tahulah, sebab tak pernah nampak ulangan cetakannya walaupun rasanya ramai yang pernah baca cerita-cerita ni. Aku senaraikan judul-judul dalam siri ini tapi tak pasti yang mana dulu.

1. Pengembaraan Amazon
2. Pengembaraan Safari
3. Pengembaraan Memburu Gorila
4. Pengembaraan Ke Gunung Berapi
5. Pengembaraan Menangkap Ikan Paus
6. Pengembaraan Menyelam
7. Pengembaraan Ke Dasar Laut
8. Pengembaraan Memburu Gajah
9. Pengembaraan Memburu Singa
10. Pengembaraan Kanibal
11. Pengembaraan Afrika
12. Pengembaraan Ke Laut Selatan
1. Amazon Adventure (1949)
2. South Sea Adventure (1952)
3. Underwater Adventure (1954)
4. Volcano Adventure (1956)
5. Whale Adventure (1960)
6. African Adventure (1963)
7. Elephant Adventure (1964)
8. Safari Adventure (1966)
9. Lion Adventure (1967)
10. Gorilla Adventure (1969)
11. Diving Adventure (1970)
12. Cannibal Adventure (1972)
13. Tiger Adventure (1979)
14. Arctic Adventure (1980)

Kisah yang dibawa dalam siri ini tak kurang menariknya. Semuanya berkisarkan pengembaraan Hal Hunt & adiknya Roger Hunt yang ditugaskan oleh ayahnya John Hunt untuk menangkap haiwan liar, membuat penyelidikan, memburu, melancong dan sebagainya. Fakta memang banyak dalam siri ni seperti tempat-tempat, rujukan individu dan sebagainya. Kalau suka membaca mesti enjoy habis. Mungkin akan cuba cari lagi, menambahkan ilmu pengetahuan membacanya walaupun pernah terhenti hobi ni dulu selepas SPM, masuk universiti, bekerja, kahwin sehingga anak satu baru timbul balik niat untuk lengkapkan koleksi. Huhu, ada lompang dalam kitaran hidup tapi kemungkinan kerana kosentrasi pada waktu-waktu tersebut.

15 comments:

  1. Aku pun suka siri ni, semua dah baca kecuali Pengembaraan Harimau dan Artik. Malangnya koleksi yang ada pada aku dah hilang. Memang susah nak dapat buku ni sekarang.... dah cari online pun x de....

    frm : shoperman blog

    ReplyDelete
  2. Saudara boleh cuba ke Chowrasta Penang, mungkin ada lagi yang baru sampai, saya pun akan pergi lagi beberapa bulan akan datang.

    ReplyDelete
  3. bro, jika berkunjung ke Chowrasta sekali lagi dan bertemu dengan pendua (yg bro sudahpun ada) judul2 buku siri Willard Price ni, mohon kirim belikan untuk saya, nostalgia ni untuk saya, thanx & wassalam.

    rgds,
    kahar abdullah
    012.3121.443

    ReplyDelete
  4. Bro, tak janjilah tu. Bukan tak nak tolong tapi kalau ada buku tu tak beli dah yang lain. Gi lah jalan jalan, best tempat tu...

    ReplyDelete
  5. bro, ada buku yg nak jual x? selain dai chowrasta tu, mana lg boleh cari buku buku tu? kat kl mana boleh cari eh?

    ReplyDelete
  6. bro, buku mana yg nak dijual? saya pun minat sume siri yg bro postkan tu....

    bro, selain chowrasta mana lg boleh carei buku buku nie? kat kl mana boleh cari eh?

    ReplyDelete
  7. Cuba try kat Junk Book Store Jalan Tun HS Lee, kat tingkat 3 rasanya ada koleksi tu. Ngko tanya je tapi yang jaga kedai tu tak berape friendly sangat.

    ReplyDelete
  8. Salam.

    Tahniah atas perkongsian. Buku yang paling saya nak baca tetapi tak jumpa ialah pengembaraan kannibal. Waktu tu (1980 an) saya akan pinjam dari perpustakaan bergerak negeri selangor.

    Saya dah cuba cari di pameran buku, kot-kot adalah di booth longman, tetapi taka ada. English pun tak ada.

    Membaca buku2 ini memberikan keseronokan yg tersendiri. Selain dari jalan cerita yang sentiasa happening, fakt ayg kemukakan umpama waktu itu umpama discovery, atau Nat Geo waktu ini.

    Sekali lagi, tahniah & terima kasih atau perkongsian. Saya akan cari kedai buku itu bila ada kesempatan.

    Wassalam
    Din Taliban

    ReplyDelete
  9. Adoiya... korang sume memang best sebab suke siri salma nie..! Namun kehidupan aku sebagai pelajar membantutkan aku nak kumpul koleksi siri salma yg best nie... korang berbahagia la... tunggu da besa bru bleh kumpul... siap ar korang...

    ReplyDelete
  10. Buat semua disana, Saya peminat siri Pengembaraan Keluarga Hunt ini.

    Sila hubungi saya jika kelian ada menyimpan buku2 tersebut.

    Saya ingin menbacanya....(Menyewa) jika diberikan kebenaran...Beli takut tak kena harga. Tapi kalau nak jual saya nak beli...kalau tak tolong sewakan agar saya boleh baca.

    Terima Kasih.

    Wassalam.
    Kamal
    012 Tiga Lima Sembilan LIma Enam Sembilan Kosong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan, Dunia ini kini sangat sempit masanya untuk dipenuhi dengan membaca. Saya pun kini berhempas pulas nak menyususn masa untuk membaca, hobi yang sangat digemari. Apapun syabas dengan minat Tuan yang masih tinggi. Buku sangat banyak dengan saya, akan saya cuba emailkan softcopynya jika terluang. TQ

      Delete
  11. Terbaik la sape buat page ni, ni semua mmg kenangan aku thn 80-90an. dan aku mmg 2 3 kali khatam buku2 ni. Buku2 yg aku dah baam Pengembaraan Memburu Ikan Paus, memburu Singa dan Afrika. Bagi aku paling bes ilaah Pengembaraan Afrika. Cara penulisan dan terjemahan bagi mmg menarik sbb bila baca mmg betul2 boleh terbayang depan mata.

    ReplyDelete
  12. Penah baca pengembaraan gunung berapa masa darjah 5(1992)..masa tu dah tahu apa itu tsunami..kalau tak silap dalam buku ni tsunami terjadi sebab lava mengalir ke dalam laut dan membentuk alun besar..one step ahead by reading

    ReplyDelete
  13. Salam...jika ada softcopy saya nak beli....sholehen@gmail.com

    ReplyDelete
  14. Telah lama mencari novel adik beradik Hunt ini. Jika sesiapa ada info novel² ini dlm bentuk fizikal/softcopy/fotostat, mohon hubungi saya, kosong satu tiga sembilan satu tujuh lima satu² dua. Terima kasih.

    ReplyDelete