Search This Blog

Tuesday, December 7, 2010

Review LIMA SEKAWAN PERGI BERKHEMAH


Buku Lima Sekawan seterusnya yang dah berpuluh-puluh kali aku baca adalah Pergi Berkhemah, maklumlah tak banyak sangat koleksi Lima Sekawan yang dalam simpanan so terpaksalah baca yang mana ada. Tapi memang tak boring la, masa dah dewasa ni tak banyak sangat masa terluang untuk baca buku tapi takda masalah untuk baca lagi dan lagi dan lagi.
Kalau ikut senarai asal English, buku ni bertajuk Five Go Off to Camp, buku ketujuh bagi kedua-dua edisi dan dalam edisi Bahasa Malaysia bertajuk Lima Sekawan Pergi Berkhemah. Ada 3 buku Lima Sekawan yang berjaya aku & the gang beli masa rombongan sekolah singgah di Dayabumi tahun 1986 iaitu Lima Sekawan Pergi Berkhemah, Berkereta Kuda & Di Tepi Laut. Semuanya terbitan Hasratpelajar tahun 1984 dan asli. Sayangnya tak banyak duit yang di bawa masa tu, kalau tak memang borong habis. Huhu

Siapa watak-watak sampingan kali ini, antaranya adalah Encik Nair, Chee Seng, Pak cik Peter, Mak cik Linda, Gopal Kudung dan lain-lain lagi. Kisahnya bermula bila Lima Sekawan bercuti bersama-sama salah seorang guru di sekolah Eddie & Dean yang bernama Encik Nair. Mereka dibenarkan berkhemah di satu kawasan yang agak jauh sehinggakan terpaksa ke tempat tersebut dengan kereta Encik Nair. So kali ini mereka ditemani orang dewasa tetapi Encik Nair digambarkan sebagai seorang yang tidak terurus dan tidak suka ambil tahu hal orang lain kecuali hobinya mengkaji serangga, maka Lima Sekawan masih lagi tak diganggu dan bebas mengembara sesama mereka. Tak dinyatakan nama kawasan tu cuma ia kawasan tanah pamah tinggi berdekatan dengan Ladang Ah Chong.
Seronok rasanya berkhemah ni, tinggal di luar rumah, tidur berbumbungkan langit, masak makanan dalam tin, kalau pandai memancing bleh makan ikan bakar, mandi kat sungai dan banyak lagi aktiviti luar rumah yang boleh dibuat. Pendek kata memang semua kena buat sendiri, adventure sebegini memang hebat bagi kanak-kanak. Jadi selepas melalui malam pertama, sebahagian Lima Sekawan pergilah ke ladang berhampiran untuk mengambil/membeli bekalan makanan.
Di ladang ini mereka berkenalan dengan anak tuan ladang yang bernama Chee Seng. Kemewahan ladang tersebut menakjubkan dan menghairankan Lima Sekawan, sukar untuk dipercayai orang ladang boleh hidup mewah dengan hasil ladang sahaja. Walau bagaimanapun mak Chee Seng sangat baik dan bersedia membantu Lima Sekawan. Kisah keretapi berhantu pula disampaikan kepada Lima Sekawan oleh Gopal Kudung sewaktu mereka bersiar-siar dan bermain-main di stesen keretapi lama yang tidak jauh dari kawasan mereka berkhemah. Rupanya kawasan tersebut memang mempunyai landasan keretapi bawah tanah.
Dari kisah keretapi berhantulah pengembaraan Lima Sekawan bermula. Oleh kerana keretapi berhantu hanya keluar waktu malam, maka Eddie, Dean & Chee Seng sepakat untuk keluar bersama pada waktu tengah malam untuk melihatnya sendiri, budak prempuan tak boleh ikut dan ini menyebabkan George marah dan berlaku perang dingin di antara mereka. Mona pula tak berapa suka nak keluar malam justeru Eddie berpendapat lebih baik George menemankan Mona sahaja di khemah. Berita kewujudan keretapi berhantu yang misteri secara tak sengaja diberitahu kepada ayah tiri Chee Seng dan ini menyebabkan Pak Cik Peter marah serta melarang mereka berkawan lagi dengan Chee Seng. Namun begitu, seperti biasa Eddie & Dean semakin ingin mengetahui rahsia keretapi berhantu, kali ini Lima Sekawan seakan berpecah kerana George juga menjejaki keretapi berhantu tetapi bersendirian.
Aku tak berapa faham sangat tentang sistem perjalanan keretapi berhantu ni, sehingga kini tak pasti apa yang misterinya kecuali ada keretapi bergerak waktu malam tanpa pemandu muncul di satu stesen dan hilang di satu stesen lagi bila masuk landasan bawah tanah. Mungkin terjemahannya tak lengkap, apapun nanti akan cuba baca edisi English pula jika berkesempatan.
Jadi seperti biasa, Lima Sekawan berjaya juga membongkar rahsia keretapi berhantu ini, rupa-rupanya ada komplot penyeludupan yang mengangkut dan menyimpan barang-barang curi dalam terowong lama stesen keretapi yang dah ditinggalkan. Dengan bantuan Encik Nair, pihak polis di bawa masuk ke terowong ini dan menjumpai barang-barang curi tersebut. Sayang juga tak ada stesen keretapi bawah tanah berhampiran rumah aku, rasanya kat Malaysia ni memang takda keretapi bawah tanah, kalau tak mungkin aku faham sedikit sebanyak sistem perjalanannya serta mungkin ada pengembaraan pula untuk aku. Tapi pengalaman berkhemah memang best. Itu sahaja review aku untuk buku ini, nanti akan review buku lain plak.

2 comments:

  1. bestnya...sy peminat setia siri novel penyiasatan ni,tmbah2 yg ditulis oleh enid blyton..thanks sbb share..

    ReplyDelete