Search This Blog

Sunday, April 18, 2010

Review - Misteri Surat Dendam atau Mystery Of The Spiteful Letter


Misteri Surat Dendam atau Mystery Of The Spiteful Letter oleh Enid Blyton adalah buku ke empat dalam siri Lima Penyiasat & Anjing. Sebenarnya buku ni yang paling tebal iaitu 224 mukasurat, jalan cerita menghiburkan dan penuh dengan kelakar atau telatah lucu Lima Penyiasat & Anjing terutama Gemuk yang mempermainkan Encik Goon dan juga menyelesaikan misteri. Edisi yang dalam simpanan adalah keluaran tahun 1975 tapi beberapa mukasurat dah koyak skit, maklumlah buku keluaran Penerbitan Fargoes dulunya hanya dicetak atas kertas murah dan kuning skit. Tapi isi kandungannya amat berharga bagi aku, sentimental value yang tinggi…
Oleh kerana semua dah maklum akan watak-watak utamanya, dalam buku Misteri Surat Dendam ni pulak, beberapa watak khas ditampilkan antaranya Rani dan Makcik Rukumani (kedua-duanya orang gaji keluarga Samy & Saroja), Mak Kerang, Cik Lata, Puan Boudville, Cik Tipah, Si Sibuk dan beberapa lagi. Ada satu lagi watak atau karektor terkenal iaitu Sherlock Holmes, tapi dalam buku ni gelaran untuk Gemuk, dari buku inilah aku dapat tahu wujudnya kisah penyiasat agung bernama Sherlock Holmes yang juga sangat menarik untuk dibaca. Betullah pepatah “Lagi banyak anda tahu, lagi banyak anda tak tahu dan ingin tahu”

Kisah Misteri Surat Dendam berkisar wujudnya aktiviti menulis surat dendam atau surat layang kepada beberapa individu di Hutan Inai, masa aku baca cerita ni umur baru 10 tahun (dulu umur 10 tahun memang tak cerdik ngat n belum matang) so first time la tahu wujudnya surat layang ni, memula ingatkan surat tu bleh melayang-layang sendiri cari tuannya. Nasib baik akak aku cerita benda yang boleh masuk akal, hehe.
Cerita jenayahnya memang masuk akal, kira boleh la diterima golongan kanak-kanak untuk disiasat, tak lah sedasyat kes bunuh, rogol, ragut dan sebagainya yea tak. So nak dijadikan cerita, orang gaji keluarga Samy & Saroja iaitu Rani dapat surat dendam yang menceritakan keburukan masa silamnya sehingga terpaksa berhenti kerja akibat malu, jadi Lima Penyiasat & Anjing berusaha mengesan siapa pengirimnya yang berhati busuk. Mata mata Encik Goon pula seperti biasa memeriahkan siasatan dengan pelbagai karenah yang pada aku memang tak layak ada pada seorang bergelar polis kerana sikapnya yang bodoh, tapi kat sinilah rencah yang sedapkan cerita ni dan menggelikan hati pembaca.
Jenaka yang ada dalam buku ini kebanyakannya berkisar pasal penghantar telegram, penghantar surat dan penghantar daging yang kesemuanya berambut tegak. Dan seperti biasa Encik Goonlah yang menjadi mangsa diperbodohkan oleh budak berambut tegak tadi yang disamar oleh Gemuk. Sangat menghiburkan dan aku tak rasa sedikit pun meluat walaupun sebenarnya tak elok nak perbodoh-bodohkan orang dewasa lebih-lebih lagi pihak polis kan.
Strategi Lima Penyiasat & Anjing dalam usaha menyelesaikan kes memang menarik, tak kiralah samada aku baca time budak-budak lagi atau baca masa dah berumur ni untuk kali yang berapa ratus ntah, tetap tak boring n mengagumkan.
Bila dah tahu ada surat layang, perlulah tengok barang kes tu yea tak, so diusahakan dengan bijak oleh Lima Penyiasat & Anjing, dan setelah diteliti surat tersebut diposkan pada hari minggu dari Pulau Kambing (masa tu aku tak tahu pun ada nama tempat Pulau Kambing kat Terengganu). Lima Penyiasat & Anjing pun buat keputusan nak ke Pulau Kambing untuk lihat sendiri siapa penduduk Hutan Inai yang akan poskan lagi surat tu minggu berikutnya pada masa dan tempat yang sama. Kebetulan hari minggu berikutnya tiada siapapun penduduk Hutan Inai yang poskan surat dari situ, sebaliknya dihantar secara serahan tangan pada jam 6 pagi lagi. So terpaksalah Lima Penyiasat & Anjing cari pulak siapa penduduk Hutan Inai yang selalu bangun pagi dan ada niat untuk hantar surat layang, susah jugak kerja ni yea tak. Banyak lagilah insiden lain yang menarik dan kebijaksanaan Lima Penyiasat & Anjing digunakan contohnya dapatkan sampel tulisan tangan suspek yang pada aku cukup bijak dibuat tanpa menimbulkan syak wasangka suspek.
Tapi penamat cerita ni tak berapa bagus sangat sebab macam melompat apabila petunjuk yang paling berharga diperoleh Lima Penyiasat & Anjing secara tak sengaja. So bila dah dapat petunjuk tu senang la cerita ni dihabiskan. Bagi aku, cerita pasal Encik Goon diperbodohkan Lima Penyiasat & Anjing lebih menghiburkan dari cerita siasatan kes ini. Apa pun Misteri Surat Dendam memang menghiburkan. Cari n bacalah sendiri kalau nak tahu.

1 comment: