Search This Blog

Friday, April 16, 2010

Review - Misteri Pencuri Ghaib Di Hutan Inai


Misteri Pencuri Ghaib Di Hutan Inai atau Mystery Of The Invisible Thief oleh Enid Blyton. Buku yang dalam simpanan aku ni edisi asli terbitan tahun 1975 oleh Penerbitan Fargoes. Setebal 199 mukasurat, kalau tak silap aku buku ni paling tebal dan paling best among the best dalam siri Lima Penyiasat & Anjing . Aku dah baca versi Englishnya dan sememangnya terjemahan yang ada dalam terbitan 1975 ni memang lengkap.

Lima Penyiasat & Anjing ??? ,
opppsss lupa nak intro sikit, Lima Penyiasat & Anjing atau Five Find-Outers and Dog ni antara siri popular karya Enid Blyton. Mungkin anda pernah baca siri Lima Sekawan atau Famous Five tapi bagi aku, siri Lima Penyiasat & Anjing ni pun tak kurang hebatnya.
Enid Blyton keluarkan 15 buku dalam siri ini dan bagi aku, kesemuanya best.


Antara tajuk-tajuk siri ini :

1. The Mystery of the Burnt Cottage-Misteri PondokTterbakar
2. The Mystery of the Disappearing Cat-Misteri Kucing Hilang
3. The Mystery of the Secret Room-Misteri Bilik Rahsia
4. The Mystery of the Spiteful Letters-Misteri Surat Dendam
5. The Mystery of the Missing Necklace-Misteri Rantai Hilang
6. The Mystery of the Hidden House-Misteri Rumah Tersembunyi
7. The Mystery of the Pantomime Cat-Misteri Kucing Pantomime
8. The Mystery of the Invisible Thief-Misteri Pencuri Ghaib Di Hutan Inai
9. The Mystery of the Vanished Prince-Misteri Kehilangan Putera Raja
10. The Mystery of the Strange Bundle-Misteri Karung Ajaib
11. The Mystery of Holly Lane-Misteri Lorong Cempaka
12. The Mystery of Tally-Ho Cottage-Misteri Seri Keruing
13. The Mystery of the Missing Man-Misteri Banduan Ghaib
14. The Mystery of the Strange Messages-Misteri Surat Terbang
15. The Mystery of Banshee Towers-Misteri Menara Penunggu


Watak-watak utama siri Lima Penyiasat & Anjing ni dalam Edisi Terjemahan Bahasa Malaysia adalah
Gemuk (Johnson Lai Pang Ser) atau Fatty aka Frederick Algernon Trotteville – Pang Ser dalam Mandarin maknanya gemuk tapi dalam English, singkatan F.A.T. diubah kepada gelaran Fatty
John (Johnny Chua) atau Larry aka Laurence Daykin
Mary (Margaret Chua) atau Daisy aka Margaret Daykin
Samy (Munusamy Ayadurai) atau Pip aka Philip Hilton
Saroja (Saroja Devi Ayadurai) atau Bets aka Elizabeth Hilton
Buster aka Buster seekor anjing jenis Spaniel
Encik Goon (Bobo Goon) atau Mr Goon aka Theopilus Goon (Konstabel atau mata-mata polis)
Niko (Nicholas Goon) atau Ern aka Ernest Goon
watak-watak khas dalam Misteri Pencuri Ghaib Di Hutan Inai ni antaranya
Hanita, Encik Nunis, Mak Jenah, Kolonel Mahmud, Bai Roti Harban Singh, Cik Ranjit Kaur dan lain-lain lagi.


Ok, apa yang hebat pasal Misteri Pencuri Ghaib Di Hutan Inai ni ?
Sinopsisnya bagaimana kejadian kecurian di Hutan Inai dilakukan oleh pencuri yang ghaib, tiada seorang pun yang pernah terserempak dengan pencuri ini, cuma kesan-kesan sarung tangan besar dan bekas tapak kasut yang sangat besar sahaja ditinggalkan. Dah tentulah aneh kerana pencuri ini berjaya ghaib atau halimunan tapi sangat suka meninggalkan kesan seakan-akan bangga bila orang ramai melihat kesan-kesannya.
Pada pendapat aku, cara jenayahnya sangat bijak dan mengelirukan Lima Penyiasat & Anjing serta Encik Goon sehinggakan Lima Penyiasat & Anjing buat pertama kalinya dah menyerah kalah dan kehilangan idea untuk menyelesaikan kes ini sehinggalah sesuatu terjadi !
Lagi seronok bila dalam buku ini Encik Goon, buat kesekian kalinya, hanya dalam buku ini menyamarkan diri sebanyak 3 kali dalam usahanya menyelesaikan kes. Huhu, so banyaklah insiden lucu yang berlaku terutama pertembungan kepandaian menyamar antara Gemuk dan Encik Goon.
Seingat aku, masa memula baca buku ini, aku tak pulak tergerak hati nak meneka siapa pencurinya, sekadar seronok membacanya sehingga akhir mukasurat. So tiadalah tekaan yang aku buat, jadi tak pastilah masa tu aku ni bijak ke tidak, hehehe. So kalau anda berkesempatan membacanya, sebelum habis cerita ni buatlah tekaan yea.
Kisahnya bermula bila Lima Penyiasat & Anjing ke gymkhana menemui Inspektor Rustam, satu kecurian berlaku kepada rumah yang didiami anak angkat Inspektor. Gemuk berpeluang menyiasat sewaktu menghantar Hanita (anak angkat Inspektor) pulang ke rumah selepas habis perlumbaan kuda di gymkhana tu dan melihat sendiri tempat kejadian.
Amat menghairankan bagaimana pencuri tersebut mengeledah dan mencuri barang-barang di tingkat satu rumah tersebut, hanya batuk garau sahaja kedengaran beserta bunyi tapak kaki yang berat, rupa pencuri gagal dilihat oleh orang gaji Hanita dan tidak pasti bagaimana pencuri tersebut melepaskan diri. Yang ditinggalkan cuma kesan-kesan sarung tangan kotor yang besar, bekas tapak kaki yang besar, 2 cebisan kertas dan satu tanda bulat bergarisan belang-belang di halaman rumah.
Bila disiasat oleh Gemuk, tiada tingkap yang boleh digunakan oleh pencuri untuk melompat turun dari tingkat satu rumah tersebut kerana semuanya berkunci dari dalam, pencuri juga tidak turun melalui tangga yang digunakannnya untuk naik. Yang ada cuma satu tingkap yang tidak berkunci, sangat kecil dan mustahil bagi pencuri tersebut meloloskan diri melaluinya. Aneh bukan, hehehe.
Selepas kejadian tersebut, beberapa lagi kejadian kecurian yang sama berlaku, dah tentulah beruntung bagi pencuri tersebut yang dapat ghaib sewaktu mencuri, yea tak ?
Seperti biasa, berpandukan kesan-kesan atau petunjuk, Lima Penyiasat & Anjing meyiasat kes ini. Dah tentulah perkara pertamanya mencari orang yang berkaki besar dan bertangan besar, agak senang kerja ni sebab tak ramai orang yang berkaki besar di Hutan Inai, salah seorang darinya Encik Goon sendiri. Hehe. Tapi, setelah dilakukan siasatan terhadap kedua-dua pemilik kaki besar yang tinggal di Hutan Inai, tiada satupun yang boleh dikaitkan kerana masing-masing ada alibi.
Lima Penyiasat & Anjing meneruskan siasatan mereka berdasarkan beberapa petunjuk lain seperti 2 cebisan kertas yang tertulis 2 Tambak dan 1 Balak , menyoal saksi-saksi seperti orang gaji, posmen, penjual roti, penjual susu, penghantar barang runcit dan lain-lain tapi semuanya tak berhasil. Pening sungguh……
Sehinggalah bila pencuri tersebut menghantar nota atau pesanan amaran untuk mencuri di rumah Gemuk, dah tentulah pencuri tersebut begitu yakin tiada sesiapa yang boleh melihatnya dan ini sebenarnya mendedahkan sedikit bongkak pencuri tersebut yang sebenarnya di kalangan watak-watak yang ada dalam buku ini.
Aku sekadar review buku ini untuk simpanan dan rujukan aku sendiri dan tak berminat nak ceritakannya panjang lebar. Kalau boleh bacalah sendiri cerita ni, cerita terbaik dalam siri Lima Penyiasat & Anjing.

10 comments:

  1. best2 :))

    suke nye bace 5 penyiasat ni, suke Gemok, boleh buat suara macam2

    ReplyDelete
  2. Yang buat suara tu citer Misteri Karung Ajaib @ The Mystery Of The Strange Bundle

    ReplyDelete
  3. Duneoworld,
    Saya pun fan siri ini juga. Lima Sekawan George, Tompok n cousins, Lima Penyiasat & Anjing Gemuk, Buster and kawan2 and Goon. Sadly latest edition oleh Fargoes adalah versi yang tak penuh... dan translation pun tak tepat. Can u pls advice mana nak dapat original version ni?

    ReplyDelete
  4. Saya pun masih mencari. Cubalah saudara cari di Chowrasta Penang atau Junkbook Store di Jalan HS Lee. Banyak lagi tempat boleh cari antaranya perpustakaan awam. Kalau bernasib baik bleh jumpa, ambil gambar atau mungkin boleh beli.

    ReplyDelete
  5. I ada koleksi lama siri ni,kumpul dari sekolah rendah lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syabas, anda memang peminat tegar. Kalo bleh kongsi gambar kulit depan buku-buku tu pun jadilah. Kalo nak buang ke nak lelong ke pun beritahu lah saya....hehe. Nostalgia tu...

      Delete
    2. Terima kasih,kalau ada masa nanti saya share gambar kulit depan buku-buku tu.....

      Delete
  6. Wah..seronok mengenang balik kisah misteri tulisan Enid blyton ni. saya salah seorang yang membesar dengan buku-bukunya - Ju

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...antara sebab utama membaca balik untuk mengimbau kenangan lama

      Delete
  7. mana nk cari buku2 ni semua skarang last baca thun 1992..masa tu drjh 6

    ReplyDelete