Search This Blog

Saturday, December 5, 2015

Kulit buku terkini dari Penang

Setelah agak lama tak berkesempatan berkunjung ke Pulau Pinang, akhirnya dapat juga menjejakkan kaki ke sana atas urusan kerja pada minggu lepas.

Segera aku ke Chowrasta dengan harapan menggunung tinggi untuk mencari koleksi buku-buku lama zaman kanak-kanak ku. Walau bagaimanapun, kali ini hasilnya agak mendukacitakan kerana tiada lagi koleksi buku-buku lama yang di cari dijual di Chowrasta. Agak terkejut melihat keadaan kawasan buku-buku lama tersebut yang menjadi semakin kecil dan moden, stok buku-buku lama juga sedikit dan bilangan peniaganya juga berkurangan.

Walau bagaimanapun, sebelum pulang, aku menjejaki juga lain-lain kedai buku lama yang berselerakan di kawasan Georgetown dan akhirnya menemui apa yang dicari. Hampir-hampir sahaja aku pulang dengan tangan kosong. Huhuhu

Edisi terjemahan tahun 1974


Edisi terjemahan tahun 1975




3 comments:

  1. salam boleh emailkan saya siri lima sekawan dan lima penyiasat dan anjing punya link download?

    mohon emailkan pada zoriff96@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Hi...My name is Sujata. In the event you plan to sell all the books please inform me, I am a serious enid blyton fan. Kalau boleh nak tau kat mana boleh beli terjemahan lama ni. please share tempat yang you beli buku. Thank you. msuja79@gmail.com

    ReplyDelete
  3. salam boleh emailkan saya siri lima sekawan dan lima penyiasat dan anjing punya link download?

    mohon emailkan pada sishak2016@gmail.com

    ReplyDelete