Search This Blog

Tuesday, May 17, 2011

Review MISTERI TAMAN HIBURAN TELUK RAMBAI


Satu lagi siri buku tulisan Enid Blyton yang aku ikuti adalah Siri Misteri yang ditunjangi 3 budak lelaki, seorang budak perempuan beserta seekor anjing dan seekor beruk. Tak pasti samada ia seekor beruk atau kera, mungkin monyet kot tapi pintar lah makhluk ni dan menyeronokkan. Agak keliru dengan tajuk Siri Misteri kerana mungkin kita ingat ianya kisah misteri melibatkan Lima Penyiasat & Anjing. Jawabnya tak, ini cerita sekumpulan budak-budak berhadapan kisah misteri samada di kawasan sekitar rumah mereka atau tempat percutian mereka.
Dalam versi asal Inggeris, siri ini lebih dikenali dengan ‘R Mystery’ atau Barney Mystery kerana semua tajuk buku-bukunya bermula dengan huruf R dan mempunyai satu cerita asal yang berkesinambungan antara satu sama lain iaitu perjalanan Barney mencari ayahnya. Dalam siri ini, memang ada turutan buku-bukunya iaitu dari buku 1 hingga 6, kalau salah baca mungkin kurang faham sikit kot. Bagaimanapun, kisah pencarian Barney ni tak ketara sangat ditimbulkan, sekadar pelengkap cerita sahaja, di samping kisah utamanya pengembaraan 4 budak-budak dengan 2 haiwan peliharaan dalam menempuh waktu cuti persekolahan mereka.
Tajuk-tajuk dalam siri ini adalah:

1. Misteri Terowong Tersembunyi
2. Misteri Taman Hiburan Teluk Rambai
3. Misteri Di Desa Bunyi Loceng
4. Misteri Kampung Tepian
5. Misteri Pintu Puaka
6. Misteri Gua Di Suak Malim /Misteri Budak Comot




Sinopsis di belakang kulit bukunya ni nama watak berlainan dari kat dalamnya.




Atau versi asal Inggerisnya :

1. The Rockingdown Mystery
2. The Rilloby Fair Mystery
3. The Ring O’ Bells Mystery
4. The Rubadub Mystery
5. The Rat-A- Tat Mystery
6. The Ragamuffin Mystery


Watak-watak utama Siri Misteri Barney ini adalah
Barney atau dalam versi asalnya juga Barney
Soon Yong atau Roger
Bee Geok atau Diana
Ah Ngau atau Snubby
Loony yang juga dipanggil Loony dalam versi Inggeris iaitu seekor anjing Spaniel kepunyaan Ah Ngau
Miranda seekor monyet kepunyaan Barney
Watak sampingan dalam kisah Misteri Taman Hiburan Teluk Rambai ini pula adalah Tok Cik Robert, Tonnerre, Vosta, Hurly, Burly, Nenek Tua, Billy Tell, Awang Muda dan lain-lain lagi.
Antara banyak-banyak tajuk dalam siri ini, aku mula-mula diperkenalkan dengan tajuk Misteri Taman Hiburan Teluk Rambai ini yang kebetulannya adalah cerita terbaik dalam siri ini. Kiranya, bila mula-mula baca tu memang terus diketemukan kisah yang menarik dan menghiburkan. Buku yang aku baca tu pinjaman dari member dan dah lama hancur, ntah macamana akhirnya terjumpa semula buku ni kat kedai buku lama. Tanpa berfikir panjang terus beli walaupun harganya agak mahal. Adatlah tu barang susah nak cari, diorang letak harga sikit.
Ada karektor atau watak yang menarik dalam siri ini iaitu Ah Ngau, ternyata wataknya sangat melucukan kerana dia seorang budak yang kecoh dan berbuat sesuatu tanpa berfikir panjang. Mungkin inilah yang meyebabkan siri ini lebih menarik dan menyegarkan di samping watak-watak lain.
Kisahnya bermula bilamana Ah Ngau seperti biasa pulang bercuti di rumah sepupunya Soon Yong & Bee Geok. Dalam perjalanan pulang dengan menaiki keretapi itu, Ah Ngau telah secara tak sengaja berborak besar dengan salah seorang penumpang keretapi dan mulai mereka-reka cerita. Kebetulan penumpang keretapi tersebut adalah datuk saudara kepada Soon Yong & Bee Geok yang juga menuju ke rumah mereka setelah melarikan diri dari rumahnya yang kurang aman kerana berlaku kegiatan kecurian aneh dokumen-dokumen lama dan artifak berharga yang berleluasa.
Jadi, apabila kedua-duanya bertemu di rumah Soon Yong & Bee Geok, pastinya suasana menjadi kecoh dan melucukan. Pada mulanya Tok Cik Robert beranggapan apa yang diceritakan Ah Ngau itu adalah karut semata-mata sehinggalah kegiatan rompakan tersebut kebetulannya berlaku sepertimana apa yang direka-reka oleh Ah Ngau dan sehinggalah ia berlaku di Taman Hiburan Teluk Rambai yang berdekatan dengan rumah Soon Yong & Bee Geok.
Kisah kegiatan rompakan dokumen-dokumen berharga ini juga berlaku dengan bijak dan menggunakan helah yang hebat, teknologinya rasa aku melibatkan pengetahuan sains yang tinggi serta bijak. Kegagalan emosi pencurinya yang telah mendedahkan cara atau modus operandi kegiatan jahat ini. Walaupun ia sekadar bacaan ringan tetapi helahnya sungguh menarik dan menghiburkan.
Ini sahaja buku versi asal 1985 yang aku ada dalam siri ini disamping beberapa versi baru yang tak lengkap, versi Inggerisnya memang dah ada semua dan dah selesai baca dari awal hingga akhir. Satu lagi versi terjemahan yang pernah aku baca masa kecil bertajuk Misteri Di Desa Bunyi Loceng yang juga menghiburkan, suasana di kampung tersebut seolah-olah kita kembali di zaman dahulu kala dan ada juga dikaitkan dengan Red Riding Hood. Tapi tu buku pinjam dan dah dikembalikan.
Jika ada lagi edisi asal terjemahan yang aku jumpa, akan cuba reviewnya untuk rekod.

4 comments:

  1. Saya mmg peminat enid Blyton..semua bukunya membuat saya menyelami dunia fantasi ceritanya..kalo da sape2 nk jual, pls call me 0918998201..cegu az

    ReplyDelete
  2. Ada ke yang nak jual. Kalau takde bleh baca je kat sini tapi kena tunggu. Buku banyak yang tengah diconvert

    ReplyDelete
  3. Terima kasih menyorot semula buku-buku lama yang saya minati waktu kecil dulu di sini - sangat nostalgik. Tiba2 rasa sangat ingin melihat perpustakaan Sdr.

    ReplyDelete
  4. Misteri Kampung Tepian saya baca masa Darjah 6 tahun 1976.

    ReplyDelete