Search This Blog

Tuesday, May 11, 2010

Review - Misteri Bilik Rahsia atau The Mystery Of The Secret Room


Buku misteri ke 3 dalam siri Lima Penyiasat & Anjing bertajuk Misteri Bilik Rahsia atau The Mystery Of The Secret Room. Menarik juga kisah siasatannya dan juga jalan cerita bagaimana budak-budak boleh terlibat atau terjumpa dengan misteri. Maksud aku secara tak sengaja, itulah sebenarnya antara imaginasi yang boleh berlaku kat sapa-sapa pun.
Kalau diikutkan siri Lima Penyiasat & Anjing ni ada turutan buku-bukunya walaupun tak ketara sangat jika kita baca tunggang terbalik atau tak ikut susunan. Turutan asal adalah buku ketiga jadi dalam buku ini Lima Penyiasat & Anjing digambarkan baru sahaja menyelesaikan 2 kes dan sangat-sangat amatur kecuali Gemuk. Oleh kerana Gemuk semacam mempunyai pengetahuan yang lebih justeru telah diangkat menjadi ketua kepada Lima Penyiasat & Anjing. Buku inilah titik tolak perancangan Lima Penyiasat & Anjing menjadi lebih tersusun apabila Gemuk mengepalainya. John yang pada asalnya dipilih sebagai ketua kerana senioriti dengan persetujuan yang lain telah rela melepaskan jawatan tersebut apabila Gemuk sudi mendedahkan beberapa teknik atau helah-helah dunia penyiasatan yang sangat menarik untuk diketahui budak-budak cam aku masa kecik-kecik dulu. Antaranya helah keluar dari bilik berkunci, bagaimana nak menyamar serta menulis tulisan ghaib menggunakan dakwat ghaib.
Semuanya diterangkan dalam buku ni. Ada yang aku pernah cuba dan berjaya kecuali menyamar tu. Susah la nak menyamar, maklumlah kita menyamar depan mak ayah kita, tengok gaya jalan atau bau badan kita pun diorang dah cam. Tak, aku tak pernah cuba pun nak menyamar walaupun teringin. Dalam siri Lima Penyiasat & Anjing inilah Gemuk mulai menyamar tapi buat permulaan menyamar sebagai budak-budak jer. Tapi memang pengetahuan sebegini sesuatu yang lain dari matapelajaran yang diajar kat sekolah, bukan lah pelajaran ini mengajar kita jadi jahat, kecuali kalau kita salah guna. Yea tak.

Watak-watak utama kisah kali ini adalah George Washington, Nona Tong, Brian d’Cruz, Pak Mat, Jabis, Finnigan, Limat dan lain-lain lagi. Seperti yang aku beritahu tadi, kisah bagaimana Lima Penyiasat & Anjing menjumpai misteri kali ini dengan cara tak sengaja memang mengasyikkan. Samy lah yang terjumpa bilik rahsia ini ketika memanjat sebatang pokok dalam usaha melarikan diri dari Encik Goon. Cantik peristiwa ini sebab aku pun selalu terimaginasikan terjumpa sesuatu yang aneh atau pelik sewaktu memanjat pokok atau bermain di kawasan perumahan tak siap. Kebetulan di Pasir Pekan ada satu kawasan perumahan terbengkalai yang jauh dari penempatan orang, so sewaktu pergi bermain di kawasan ni (sekarang dah jadi Taman SBJ) memang selalu jugak mencari keanehan-keanehan yang boleh disiasat jika ada tapi sampai sekarang tak jumpa-jumpa pun. Heh

Bilik yang dijumpai di tingkat satu rumah tersebut penuh berperabot seolah-olah didiami sedangkan rumah tersebut adalah rumah kosong yang tak diduduki Keanehan ini telah menyebabkan Lima Penyiasat & Anjing membuat siasatan lanjut dan menjumpai sesuatu yang meragukan. Tugasan menyelidik siapa pemilik rumah melalui ejen perumahan bagi aku cukup sukar dilakukan oleh budak-budak, tapi Lima Penyiasat & Anjing berjaya melakukannya. Tugasan yang sukar jadi menyeronokkan, justeru itu yang membuatkan tugasan menyiasat dalam buku ni indah.

Ada beberapa insiden lagi yang menarik tapi aku tak boleh lupa bilamana Gemuk yang berjaya masuk ke dalam bilik rahsia tapi tertidur dan tertangkap oleh penjenayah yang menggunakan bilik rahsia tu. Suspen insiden tu sehinggakan aku rasa bodoh sangat lah ketua Lima Penyiasat & Anjing ni. Tapi memangpun, Enid Blyton pun ada sebut ia satu kesilapan besar bagi seorang penyiasat jika cuai. So itu satu nasihat yang bagus. Selain itu, penjenayah dalam cerita ini agak ganas berbanding kisah dalam buku-buku lain bila menggunakan kekerasan terhadap Gemuk. Kira penjahat yang sebenar lah ni yang sanggup menumbuk kanak-kanak. Gerun skit nak jadi penyiasat bila baca bahagian ni. Huhu

Keseluruhannya banyak maklumat berguna, insiden tak sengaja yang menarik serta kelemahan mata-mata polis yang menggelikan hati mewarnai kisah dalam buku ini. Buku terbitan Penerbitan Fargoes tahun 1979 ni memang best terjemahannya, memang payah dah nak jumpa copy ni lagi, so kalau ada jumpa jangan lepaskan peluang membacanya.

2 comments:

  1. sy bermnt sngt2 dgn buku ni, mcm mn ye nak cr buku ni...sy sudah ada ke semua judul siri ni, cm yg ni jer tak da..:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap dapat tunggu, saya tak kisah untuk kongsikan softcopy buku yang saya ada.

      Delete