Search This Blog

Saturday, May 29, 2010

Review LIMA SEKAWAN DI LADANG PERMAI

Buku pertama yang memperkenalkan aku dengan siri Lima Sekawan adalah buku ini. Hadiah dari Abglan, cuma buku yang aku simpan sekarang ni pembelian balik setelah buku asal tu hilang. Nasib baik aku berjaya cari dan ganti balik. Lupa dah aku dapat hadiah tu masa darjah berapa, mungkin darjah 3 kot, Abglan hadiahkan Lima Sekawan Di Ladang Permai dan Misteri Rantai Hilang, tapi buku asal Misteri Rantai Hilang masih ada dalam simpanan. Terima kasih banyak-banyak Abglan, tapi buku Enid Blyton pertama aku hadiah dari Kakza, tajuknya Bagus Tujuh Penyiasat. Sayangnya buku tu sekarang ni tinggal kulit depan je. Susah dah nak cari wooo……
Siri Lima Sekawan ni kisah pengembaraan, sekumpulan budak-budak keluar rumah bersendirian dan mengembara atau bercuti ke satu tempat baru yang menarik. Berlainan dengan Siri Lima Penyiasat & Anjing yang berkisar di Hutan Inai sahaja, Lima Sekawan membawa imaginasi aku meneroka ‘alam’ lain dari kebiasaan atau rutin kat rumah. Kebiasaannya Lima Sekawan mengembara dengan keretapi, berbasikal, berjalan kaki, berkereta dan berkereta kuda. Best kan bleh buat camtu masa budak-budak, walau sebenarnya mustahil,

Watak-watak di Ladang Permai adalah seperti kembar Muthu iaitu Muthiah & Muthiammah, Puan Muniandy (Pushpa Muniandy), Moyang John Muniandy, Peter Muniandy, Encik Henning, Junior, Encik David Permai, Encik Richard Durleston, Balan, Segak, Gonggong dan beberapa orang lagi.

Kisahnya bermula bila Lima Sekawan dipelawa bercuti di Ladang Permai, Eddie & Dean ke tempat tu berbasikal sementara George, Mona & Tompok menaiki basa. Seronok bila baca part diorang berbasikal tu, cam pengembaraan berbasikal merentas desa yang tak sibuk ngat dengan kenderaan yang boleh membahayakan penunggang basikal. Tak ada plak bahaya bila budak-budak berbasikal sejauh tu, kira aman betul lah tempat tu.

Sewaktu di Ladang Permai, ada konflik kekeluargaan yang terdesak antara menjaga kepentingan khazanah atau harta antik di dalam ladang tu dan cubaan keluar dari kesempitan hidup. Ladang Permai digambarkan sebagai ladang yang besar tapi tak begitu berhasil, namun ada kisah silam wujud harta dalam stor kanjus istana yang katanya dah lama musnah dan tak dijumpai. Pihak-pihak yang tak bertanggungjawab pulak cuba menangguk di air keroh, seperti pelawat atau penyewa di ladang iaitu orang Amerika bernama Henning & anaknya Junior yang cuba membeli khazanah antik ladang dengan harga murah dan berniat mencari harta yang telah lama hilang tersebut. Terjemahan ada silap sikit kat sini di mana Budak Eropah digambarkan sebagai orang Amerika, aku pun baru je perasan masa nak siapkan review ni. Selain itu perkataan stor kanjus tu pun menarik jugak, agakan aku kanjus tu kira cam ‘dungeon’. Hehehe

So quest yang terbesar kat sini adalah menyelamatkan Ladang Permai ni dengan cara mencari harta karun yang hilang tu, seronok jugak menjejaki tapak bekas runtuhan istana setelah berkurun-kurun tidak ada yang berjaya menjumpainya. Dan Lima Sekawan berjaya dengan cara yang adventure, diorang jugak yang jumpa, memang mengangkat kehebatan budak-budak la citer ni. Tu yang seronok tu sebab kat dunia nyata budak-budak memang tak tahu apa-apa. Lagi satu yang best dalam citer ni pasal kehidupan di dalam ladang. Suasana baru yang menarik dengan aktiviti menguruskan haiwan ternakan, melawat kawasan tanaman, bergaul dengan pekerja ladang dan sebagainya.

Suasana semasa dalam terowong dan terjumpa harta karun tu pun best juga, almaklumlah tak penah lagi jumpa harta karun ni, imaginasi sebegini rasanya lagi selamat dari cerita kaya dengan merompak orang. Ok itu sahaja review aku untuk Lima Sekawan Di Ladang Permai walaupun banyak lagi nak ditambah. Lagi best kalau saudara dapat baca sendiri sebab dari buku pertama nilah aku mula mencari lain-lain kisahnya yang cuba digambarkan dengan tajuk-tajuk yang ada kat kulit belakang buku.

5 comments:

  1. tahniah atas kerana buat terjemahan buku2 enid blytons, saya pun ada buku2 lima penyiasat dan anjing, terbitan 70-an, dalam keadaan yg agak baik, cuma tak lengkap 5 siri,(terpaksa saya beli terjemahan tahun 2000-an yg tak berapa menarik sbb telah diubah suai dengan keadaan semasa Msia). Tahniah dan terima kasih.

    ReplyDelete
  2. suke 5 sekawan..hmpir semua siri dah baca waktu sekolah dulu :)))

    ReplyDelete
  3. Suasan dan persekitaran Famous Five adalah berlatarbelakangkan negara Britain dari tahun 1942-1963 di mana ia selamat untuk kanak-kanak melakukan aktiviti di luar rumah di mana-manapun di pulau tersebut. Tetapi, seperti Malaysia, di Britain kini persekitaran luar rumah tidak lagi begitu selamat untuk kanak-kanak. Siri Famous Five versi televisyen juga pernah diterbitkan di England menggunakan latar masa semasa dan siri ini pernah ditayangkan di RTM pada awal tahun 80an. Pada pertengahan 90an di England diterbitkan sebuah lagi siri televisyen yang kali ini menggunakan latarbelakang zaman novel-novel tersebut diterbitkan. Siri kedua ini tidak pernah ditayangkan di Malaysia, tetapi kedua-dua siri TV tersebut boleh didapati dalam bentuk DVD 'box set' daripada Amazon.uk.

    ReplyDelete
  4. Seingat saya, pernah tengok cerita Famous Five ni di TV satu waktu dahulu, tak faham sangat sebab berbahasa Ingeris, tiada sarikata, masih budak-budak so bahasa selain bahasa Ibunda ni memang tak faham. Selain itu versi tersebut telah diringkaskan/ ada plotnya diubah kerana susah nak ubah apa yang ditulis kepada bentuk visual. Tapi ia tetap menyeronokkan.

    ReplyDelete