Search This Blog

Wednesday, April 28, 2010

Review - Misteri Seri Keruing aka The Mystery Of The Tally-Ho Cottage


Siri Lima Penyiasat & Anjing oleh Enid Blyton ke 12 bertajuk Misteri Seri Keruing atau versi asalnya The Mystery Of The Tally-Ho Cottage. Seri Keruing dalam buku ini merujuk nama sebuah rumah besar yang didiami penjenayah yang diburu polis. Siapa penjenayah yang dicari, apa kesalahannya dan apa yang menariknya pasal buku ini. Sama-samalah kita review dahulu yea, lama jugak tak baca buku ni tapi jalan ceritanya masih segar dalam memori aku.

Edisi 1979 Penerbitan Fargoes, memang susah dah nak jumpa buku ni, kat perpustakaan pun dah tak wujud lagi. Aku pernah cari kat Perpustakaan Negara thru online tapi nama buku je ada, bukunya dah tak ada lagi atau mungkin masuk arkib kot. Seperti yang aku bagitau sebelum ni buku-buku cetakan tahun 70an dan awal 80an sememangnya terjemahan yang sebijik karya asal versi Bahasa Inggeris, justeru memang puas hati la kalo dapat kumpul buku-buku ni.

Kali ini dalam buku ni, watak utama tambahan yang mengiringi Lima Penyiasat & Anjing muncul iaitu Niko. Watak-watak khas Misteri Seri Keruing adalah seperti Encik Larenzo, Puan Larenzo, Encik Beng Chuan, Nyonya Beng Chuan, Poppet, Keluarga Zum dan lain-lain. Niko adalah anak saudara Encik Goon, kadang-kadang muncul membantu penyiasatan Lima Penyiasat & Anjing walaupun seringkali tidak disenangi pakciknya yang bermusuhan dengan Lima Penyiasat & Anjing.

Kisahnya apabila pencuri lukisan antarabangsa yang menetap di Hutan Inai dan diawasi pihak polis berjaya melarikan diri keluar dari Hutan Inai bersama barang curian. Polis Hutan Inai sebelum itu hanya mengesyaki pasangan Lorenzo tetapi tidak membuat sebarang tangkapan kerana kekurangan bukti. Apabila pasangan Lorenzo melarikan diri, barulah pihak polis berusaha mencari mereka kembali, Lima Penyiasat & Anjing yang mendapat maklumat pemburuan polis ke atas pasangan tersebut secara tak sengaja semestinya daripada Encik Goon bersungguh-sungguh menawarkan bantuan. Tapi Lima Penyiasat & Anjing tak boleh membuat siasatan di luar dari Hutan Inai justeru mereka hanya berharap pasangan Lorenzo akan pulang semula ke Hutan Inai. Pasangan Lorenzo sememangnya perlu kembali ke Hutan Inai kerana dikatakan sangat sayangkan anak anjing mereka iaitu Poppet yang ditinggalkan kepada pembantu rumah mereka pasangan Beng Chuan di Seri Keruing. Pasangan Beng Chuan ini pula dilihat bersikap kejam kepada Poppet, justeru kebarangkalian pasangan Lorenzo kembali mengambil Poppet dari Seri Keruing sangat tinggi. Langkah awal Lima Penyiasat & Anjing tentulah mengawal rumah Seri Keruing dan disinilah peranan Niko yang kebetulan menumpang di rumah sepupu keluarganya yang tinggal bersebelahan Seri Keruing.

Pengalaman mengawasi rumah pada waktu malam dari atas rumah pokok dan kemudiannya tertidur terus sampai pagi memang antara imaginasi yang aku alami masa kanak-kanak. Rasanya imaginasi sebegitu taklah melampau sangat dan boleh dikira adventure yang baik sehinggakan aku suka sangat masuk pengakap semata-mata nak berkhemah di luar rumah. Itulah yang dialami Niko dan peristiwa itu memang babak yang terpenting dalam Misteri Seri Keruing ini. Insiden pada malam itu membawa kepada petunjuk pasangan Lorenzo telah pulang ke Seri Keruing tapi anehnya tidak diketahui di mana mereka bersembunyi. Inilah misteri yang mesti dibongkarkan Lima Penyiasat & Anjing dan seperti biasa mereka berjaya.

Terdapat perkataan yang sangat asing dan bunyinya canggih pada aku masa mula-mula baca cerita ini iaitu ‘taklimat’. Dan terjemahannya juga tidak tepat kerana perkataan asal ‘recapitulation’ atau ‘recap’ sepatutnya rumusan. Tapi masa aku baca buku ni dulu, perkataan taklimat tu kira dah sesuai dengan keadaan babak tu. Ada satu lagi babak yang yang misteri dan melucukan iaitu apabila Gemuk menyamar sebagai Beng Chuan dan bertembung dengan Beng Chuan sendiri yang memberikan reaksi yang aneh apabila terserempak orang yang menyamar sebagai dirinya. Paling melucukan apabila Encik Goon melihat kedua-dua Beng Chuan di hadapannya dan hampir pitam. Banyak lagi telatah yang menggelikan hati dalam kisah ini, ada masa boleh baca lagi.

4 comments:

  1. ye, ada baca buku ni..pinjam kat library sekolah time sek rendah :))

    ReplyDelete
  2. Ya saya ada buku ni.saya da baca di rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah, yang dibaca tu edisi tahun berapa n sama tak ngan review saya nih...Apapun, memang best baca buku-buku lama nih.

      Delete