Search This Blog

Wednesday, April 28, 2010

Review - Misteri Seri Keruing aka The Mystery Of The Tally-Ho Cottage


Siri Lima Penyiasat & Anjing oleh Enid Blyton ke 12 bertajuk Misteri Seri Keruing atau versi asalnya The Mystery Of The Tally-Ho Cottage. Seri Keruing dalam buku ini merujuk nama sebuah rumah besar yang didiami penjenayah yang diburu polis. Siapa penjenayah yang dicari, apa kesalahannya dan apa yang menariknya pasal buku ini. Sama-samalah kita review dahulu yea, lama jugak tak baca buku ni tapi jalan ceritanya masih segar dalam memori aku.

Edisi 1979 Penerbitan Fargoes, memang susah dah nak jumpa buku ni, kat perpustakaan pun dah tak wujud lagi. Aku pernah cari kat Perpustakaan Negara thru online tapi nama buku je ada, bukunya dah tak ada lagi atau mungkin masuk arkib kot. Seperti yang aku bagitau sebelum ni buku-buku cetakan tahun 70an dan awal 80an sememangnya terjemahan yang sebijik karya asal versi Bahasa Inggeris, justeru memang puas hati la kalo dapat kumpul buku-buku ni.

Kali ini dalam buku ni, watak utama tambahan yang mengiringi Lima Penyiasat & Anjing muncul iaitu Niko. Watak-watak khas Misteri Seri Keruing adalah seperti Encik Larenzo, Puan Larenzo, Encik Beng Chuan, Nyonya Beng Chuan, Poppet, Keluarga Zum dan lain-lain. Niko adalah anak saudara Encik Goon, kadang-kadang muncul membantu penyiasatan Lima Penyiasat & Anjing walaupun seringkali tidak disenangi pakciknya yang bermusuhan dengan Lima Penyiasat & Anjing.

Kisahnya apabila pencuri lukisan antarabangsa yang menetap di Hutan Inai dan diawasi pihak polis berjaya melarikan diri keluar dari Hutan Inai bersama barang curian. Polis Hutan Inai sebelum itu hanya mengesyaki pasangan Lorenzo tetapi tidak membuat sebarang tangkapan kerana kekurangan bukti. Apabila pasangan Lorenzo melarikan diri, barulah pihak polis berusaha mencari mereka kembali, Lima Penyiasat & Anjing yang mendapat maklumat pemburuan polis ke atas pasangan tersebut secara tak sengaja semestinya daripada Encik Goon bersungguh-sungguh menawarkan bantuan. Tapi Lima Penyiasat & Anjing tak boleh membuat siasatan di luar dari Hutan Inai justeru mereka hanya berharap pasangan Lorenzo akan pulang semula ke Hutan Inai. Pasangan Lorenzo sememangnya perlu kembali ke Hutan Inai kerana dikatakan sangat sayangkan anak anjing mereka iaitu Poppet yang ditinggalkan kepada pembantu rumah mereka pasangan Beng Chuan di Seri Keruing. Pasangan Beng Chuan ini pula dilihat bersikap kejam kepada Poppet, justeru kebarangkalian pasangan Lorenzo kembali mengambil Poppet dari Seri Keruing sangat tinggi. Langkah awal Lima Penyiasat & Anjing tentulah mengawal rumah Seri Keruing dan disinilah peranan Niko yang kebetulan menumpang di rumah sepupu keluarganya yang tinggal bersebelahan Seri Keruing.

Pengalaman mengawasi rumah pada waktu malam dari atas rumah pokok dan kemudiannya tertidur terus sampai pagi memang antara imaginasi yang aku alami masa kanak-kanak. Rasanya imaginasi sebegitu taklah melampau sangat dan boleh dikira adventure yang baik sehinggakan aku suka sangat masuk pengakap semata-mata nak berkhemah di luar rumah. Itulah yang dialami Niko dan peristiwa itu memang babak yang terpenting dalam Misteri Seri Keruing ini. Insiden pada malam itu membawa kepada petunjuk pasangan Lorenzo telah pulang ke Seri Keruing tapi anehnya tidak diketahui di mana mereka bersembunyi. Inilah misteri yang mesti dibongkarkan Lima Penyiasat & Anjing dan seperti biasa mereka berjaya.

Terdapat perkataan yang sangat asing dan bunyinya canggih pada aku masa mula-mula baca cerita ini iaitu ‘taklimat’. Dan terjemahannya juga tidak tepat kerana perkataan asal ‘recapitulation’ atau ‘recap’ sepatutnya rumusan. Tapi masa aku baca buku ni dulu, perkataan taklimat tu kira dah sesuai dengan keadaan babak tu. Ada satu lagi babak yang yang misteri dan melucukan iaitu apabila Gemuk menyamar sebagai Beng Chuan dan bertembung dengan Beng Chuan sendiri yang memberikan reaksi yang aneh apabila terserempak orang yang menyamar sebagai dirinya. Paling melucukan apabila Encik Goon melihat kedua-dua Beng Chuan di hadapannya dan hampir pitam. Banyak lagi telatah yang menggelikan hati dalam kisah ini, ada masa boleh baca lagi.

Monday, April 26, 2010

Review Misteri Banduan Ghaib @ The Mystery Of The Missing Man


Misteri Banduan Ghaib atau Mystery Of The Missing Man adalah buku ke 13 dalam siri Lima Penyiasat & Anjing karya Enid Blyton. Buku dalam simpanan aku ini keluaran Penerbitan Fargoes tahun 1979, dah teruk sikit keadaan buku ni dengan ada helaian-helaiannya dah terputus benang ikatan. Tapi keadaan kertas masih baik, tiada yang koyak dan tulisannya terang walaupun kertas dah kekuningan.
Macam biasa kisah Lima Penyiasat & Anjing berlaku di Hutan Inai. Kepada yang tak tahu, Hutan Inai digambarkan sebagai satu pekan kecil yang sungguh aman dan harmoni, bilangan penduduknya pada fahaman aku ramai tapi saling kenal mengenal. Satu tempat yang aku selalu bayangkan seakan-akan di kawasan kampung aku iaitu Pasir Pekan sekitar tahun 80an & 90an, tapi sekarang aku lihat Pasir Pekan kini terlalu ramai orang-orang yang mendiaminya, rimas dengan masyarakat yang tak dikenali, nasib baiklah memori yang aku ada dahulu membuatkan aku terkenang-kenangkan saat-saat manis nostalgia tu. Contohnya menyiasat sebarang kes di Pasir Pekan, imaginasi yang selamat dan indah. Phew…Tak seperti siri Lima Sekawan yang selalu mengembara ke tempat-tempat baru, Hutan Inai adalah tempat wajib Lima Penyiasat & Anjing. Dalam edisi Bahasa Inggeris, Hutan Inai adalah Peterswood.
Selain watak-watak utama, buku Misteri Banduan Ghaib ini menampilkan watak-watak khas seperti Rozan, Encik Doleng, Pelawak Chow, Puan Finji, Lusita, Josef dan lain-lain lagi. Kisahnya bermula bila Lima Penyiasat & Anjing telah diminta oleh Inspektor Rustam membantu pihak polis mencari seorang banduan yang melarikan diri daripada penjara dan bersembunyi di Hutan Inai. Butir-butir diri banduan tersebut adalah seperti pandai menyamar, mempunyai parut di bawah bibir, sangat sukakan kucing serta pencinta serangga. Kebetulan pada masa tersebut Hutan Inai dikunjungi ramai orang kerana persidangan Coleopterist, ini termasuklah Encik Doleng yang merupakan kawan baik Encik Lai iaitu ayah Gemuk. Bersama-sama Encik Doleng yang akan tinggal di rumah keluarga Lai selama 1 minggu adalah anak perempuannya Rozan yang digambarkan sangat suka berlagak dan mengawal orang (queen control or domineering).
Jadi buat pertama kalinya dalam siri Lima Penyiasat & Anjing, kisah Misteri Banduan Ghaib ini Gemuk digambarkan terpaksa tunduk, mengalah dan melarikan diri dari Rozan. Kebetulan pula Gemuk dalam kisah ini berusaha menguruskan badan dengan berjoging kerana terpilih mewakili pasukan badminton sekolahnya. Entah kenapa situasi ini terjadi yea, tapi kebiasaanya kalau time jadi bebudak dulu, bila selalu beralah atau bila buat sesuatu tapi selalu rasa tak kena dengan satu-satu budak pompuan tu maknanya ada feeling lah tu...hehehe.
Coleopterist tu maknanya Persidangan bagi Pencinta Kumbang, jadi kemungkinan besar si banduan tadi akan melibatkan diri dengan acara tadi. Lima Penyiasat & Anjing serta musuh tradisinya Encik Goon beradu kehebatan menyelesaikan kes ini seperti biasa. Dalam buku inipun ada sekali Encik Goon menyamar tapi terlalu ketara sangat penyamarannya. Ada jugak istilah-istilah lain bagi kumpulan pencinta serangga ni yang aku baru tahu bila baca buku ini, kira berkembang la skit ilmu tu walaupun tak berkenaan dan berkaitan dengan kehidupan aku. Selain itu misteri ini banyak berkisar dengan kehidupan sarkas dan temasya pesta kerana dikatakan banduan tersebut mempunyai pertalian tunggal dengan penghuni kafilah pesta tersebut. Kisah bagaimana siasatan Lima Penyiasat & Anjing dari awal hingga akhir memang menyeronokkan dan bagaimana banduan sebenar menyembunyikan diri memang menarik kerana bayangan atau petunjuk yang diberikan Inspektor Rustam pada awal kes diserahkan kepada Lima Penyiasat & Anjing memang tepat.
Jadi jika anda berkesempatan membaca kisah ini, kalau boleh bacalah edisi asli atau edisi Bahasa Inggerisnya sebab keluaran atau cetakan baru siri Lima Penyiasat & Anjing sangat-sangat dipendekkan sehinggakan memualkan untuk dibaca, pastikan anda meneka siapa banduan tersebut sebenarnya sebelum habis cerita.

Sunday, April 18, 2010

Siri Tujuh Penyiasat Enid Blyton atau The Secret Seven











SIRI TIGA PENYIASAT ALFRED HITCHCOCK


SIRI SALMA ATAU NANCY DREW


SIRI HADI ATAU HARDY BOYS




Review - Misteri Surat Dendam atau Mystery Of The Spiteful Letter


Misteri Surat Dendam atau Mystery Of The Spiteful Letter oleh Enid Blyton adalah buku ke empat dalam siri Lima Penyiasat & Anjing. Sebenarnya buku ni yang paling tebal iaitu 224 mukasurat, jalan cerita menghiburkan dan penuh dengan kelakar atau telatah lucu Lima Penyiasat & Anjing terutama Gemuk yang mempermainkan Encik Goon dan juga menyelesaikan misteri. Edisi yang dalam simpanan adalah keluaran tahun 1975 tapi beberapa mukasurat dah koyak skit, maklumlah buku keluaran Penerbitan Fargoes dulunya hanya dicetak atas kertas murah dan kuning skit. Tapi isi kandungannya amat berharga bagi aku, sentimental value yang tinggi…
Oleh kerana semua dah maklum akan watak-watak utamanya, dalam buku Misteri Surat Dendam ni pulak, beberapa watak khas ditampilkan antaranya Rani dan Makcik Rukumani (kedua-duanya orang gaji keluarga Samy & Saroja), Mak Kerang, Cik Lata, Puan Boudville, Cik Tipah, Si Sibuk dan beberapa lagi. Ada satu lagi watak atau karektor terkenal iaitu Sherlock Holmes, tapi dalam buku ni gelaran untuk Gemuk, dari buku inilah aku dapat tahu wujudnya kisah penyiasat agung bernama Sherlock Holmes yang juga sangat menarik untuk dibaca. Betullah pepatah “Lagi banyak anda tahu, lagi banyak anda tak tahu dan ingin tahu”

Kisah Misteri Surat Dendam berkisar wujudnya aktiviti menulis surat dendam atau surat layang kepada beberapa individu di Hutan Inai, masa aku baca cerita ni umur baru 10 tahun (dulu umur 10 tahun memang tak cerdik ngat n belum matang) so first time la tahu wujudnya surat layang ni, memula ingatkan surat tu bleh melayang-layang sendiri cari tuannya. Nasib baik akak aku cerita benda yang boleh masuk akal, hehe.
Cerita jenayahnya memang masuk akal, kira boleh la diterima golongan kanak-kanak untuk disiasat, tak lah sedasyat kes bunuh, rogol, ragut dan sebagainya yea tak. So nak dijadikan cerita, orang gaji keluarga Samy & Saroja iaitu Rani dapat surat dendam yang menceritakan keburukan masa silamnya sehingga terpaksa berhenti kerja akibat malu, jadi Lima Penyiasat & Anjing berusaha mengesan siapa pengirimnya yang berhati busuk. Mata mata Encik Goon pula seperti biasa memeriahkan siasatan dengan pelbagai karenah yang pada aku memang tak layak ada pada seorang bergelar polis kerana sikapnya yang bodoh, tapi kat sinilah rencah yang sedapkan cerita ni dan menggelikan hati pembaca.
Jenaka yang ada dalam buku ini kebanyakannya berkisar pasal penghantar telegram, penghantar surat dan penghantar daging yang kesemuanya berambut tegak. Dan seperti biasa Encik Goonlah yang menjadi mangsa diperbodohkan oleh budak berambut tegak tadi yang disamar oleh Gemuk. Sangat menghiburkan dan aku tak rasa sedikit pun meluat walaupun sebenarnya tak elok nak perbodoh-bodohkan orang dewasa lebih-lebih lagi pihak polis kan.
Strategi Lima Penyiasat & Anjing dalam usaha menyelesaikan kes memang menarik, tak kiralah samada aku baca time budak-budak lagi atau baca masa dah berumur ni untuk kali yang berapa ratus ntah, tetap tak boring n mengagumkan.
Bila dah tahu ada surat layang, perlulah tengok barang kes tu yea tak, so diusahakan dengan bijak oleh Lima Penyiasat & Anjing, dan setelah diteliti surat tersebut diposkan pada hari minggu dari Pulau Kambing (masa tu aku tak tahu pun ada nama tempat Pulau Kambing kat Terengganu). Lima Penyiasat & Anjing pun buat keputusan nak ke Pulau Kambing untuk lihat sendiri siapa penduduk Hutan Inai yang akan poskan lagi surat tu minggu berikutnya pada masa dan tempat yang sama. Kebetulan hari minggu berikutnya tiada siapapun penduduk Hutan Inai yang poskan surat dari situ, sebaliknya dihantar secara serahan tangan pada jam 6 pagi lagi. So terpaksalah Lima Penyiasat & Anjing cari pulak siapa penduduk Hutan Inai yang selalu bangun pagi dan ada niat untuk hantar surat layang, susah jugak kerja ni yea tak. Banyak lagilah insiden lain yang menarik dan kebijaksanaan Lima Penyiasat & Anjing digunakan contohnya dapatkan sampel tulisan tangan suspek yang pada aku cukup bijak dibuat tanpa menimbulkan syak wasangka suspek.
Tapi penamat cerita ni tak berapa bagus sangat sebab macam melompat apabila petunjuk yang paling berharga diperoleh Lima Penyiasat & Anjing secara tak sengaja. So bila dah dapat petunjuk tu senang la cerita ni dihabiskan. Bagi aku, cerita pasal Encik Goon diperbodohkan Lima Penyiasat & Anjing lebih menghiburkan dari cerita siasatan kes ini. Apa pun Misteri Surat Dendam memang menghiburkan. Cari n bacalah sendiri kalau nak tahu.

Friday, April 16, 2010

Review - Misteri Pencuri Ghaib Di Hutan Inai


Misteri Pencuri Ghaib Di Hutan Inai atau Mystery Of The Invisible Thief oleh Enid Blyton. Buku yang dalam simpanan aku ni edisi asli terbitan tahun 1975 oleh Penerbitan Fargoes. Setebal 199 mukasurat, kalau tak silap aku buku ni paling tebal dan paling best among the best dalam siri Lima Penyiasat & Anjing . Aku dah baca versi Englishnya dan sememangnya terjemahan yang ada dalam terbitan 1975 ni memang lengkap.

Lima Penyiasat & Anjing ??? ,
opppsss lupa nak intro sikit, Lima Penyiasat & Anjing atau Five Find-Outers and Dog ni antara siri popular karya Enid Blyton. Mungkin anda pernah baca siri Lima Sekawan atau Famous Five tapi bagi aku, siri Lima Penyiasat & Anjing ni pun tak kurang hebatnya.
Enid Blyton keluarkan 15 buku dalam siri ini dan bagi aku, kesemuanya best.


Antara tajuk-tajuk siri ini :

1. The Mystery of the Burnt Cottage-Misteri PondokTterbakar
2. The Mystery of the Disappearing Cat-Misteri Kucing Hilang
3. The Mystery of the Secret Room-Misteri Bilik Rahsia
4. The Mystery of the Spiteful Letters-Misteri Surat Dendam
5. The Mystery of the Missing Necklace-Misteri Rantai Hilang
6. The Mystery of the Hidden House-Misteri Rumah Tersembunyi
7. The Mystery of the Pantomime Cat-Misteri Kucing Pantomime
8. The Mystery of the Invisible Thief-Misteri Pencuri Ghaib Di Hutan Inai
9. The Mystery of the Vanished Prince-Misteri Kehilangan Putera Raja
10. The Mystery of the Strange Bundle-Misteri Karung Ajaib
11. The Mystery of Holly Lane-Misteri Lorong Cempaka
12. The Mystery of Tally-Ho Cottage-Misteri Seri Keruing
13. The Mystery of the Missing Man-Misteri Banduan Ghaib
14. The Mystery of the Strange Messages-Misteri Surat Terbang
15. The Mystery of Banshee Towers-Misteri Menara Penunggu


Watak-watak utama siri Lima Penyiasat & Anjing ni dalam Edisi Terjemahan Bahasa Malaysia adalah
Gemuk (Johnson Lai Pang Ser) atau Fatty aka Frederick Algernon Trotteville – Pang Ser dalam Mandarin maknanya gemuk tapi dalam English, singkatan F.A.T. diubah kepada gelaran Fatty
John (Johnny Chua) atau Larry aka Laurence Daykin
Mary (Margaret Chua) atau Daisy aka Margaret Daykin
Samy (Munusamy Ayadurai) atau Pip aka Philip Hilton
Saroja (Saroja Devi Ayadurai) atau Bets aka Elizabeth Hilton
Buster aka Buster seekor anjing jenis Spaniel
Encik Goon (Bobo Goon) atau Mr Goon aka Theopilus Goon (Konstabel atau mata-mata polis)
Niko (Nicholas Goon) atau Ern aka Ernest Goon
watak-watak khas dalam Misteri Pencuri Ghaib Di Hutan Inai ni antaranya
Hanita, Encik Nunis, Mak Jenah, Kolonel Mahmud, Bai Roti Harban Singh, Cik Ranjit Kaur dan lain-lain lagi.


Ok, apa yang hebat pasal Misteri Pencuri Ghaib Di Hutan Inai ni ?
Sinopsisnya bagaimana kejadian kecurian di Hutan Inai dilakukan oleh pencuri yang ghaib, tiada seorang pun yang pernah terserempak dengan pencuri ini, cuma kesan-kesan sarung tangan besar dan bekas tapak kasut yang sangat besar sahaja ditinggalkan. Dah tentulah aneh kerana pencuri ini berjaya ghaib atau halimunan tapi sangat suka meninggalkan kesan seakan-akan bangga bila orang ramai melihat kesan-kesannya.
Pada pendapat aku, cara jenayahnya sangat bijak dan mengelirukan Lima Penyiasat & Anjing serta Encik Goon sehinggakan Lima Penyiasat & Anjing buat pertama kalinya dah menyerah kalah dan kehilangan idea untuk menyelesaikan kes ini sehinggalah sesuatu terjadi !
Lagi seronok bila dalam buku ini Encik Goon, buat kesekian kalinya, hanya dalam buku ini menyamarkan diri sebanyak 3 kali dalam usahanya menyelesaikan kes. Huhu, so banyaklah insiden lucu yang berlaku terutama pertembungan kepandaian menyamar antara Gemuk dan Encik Goon.
Seingat aku, masa memula baca buku ini, aku tak pulak tergerak hati nak meneka siapa pencurinya, sekadar seronok membacanya sehingga akhir mukasurat. So tiadalah tekaan yang aku buat, jadi tak pastilah masa tu aku ni bijak ke tidak, hehehe. So kalau anda berkesempatan membacanya, sebelum habis cerita ni buatlah tekaan yea.
Kisahnya bermula bila Lima Penyiasat & Anjing ke gymkhana menemui Inspektor Rustam, satu kecurian berlaku kepada rumah yang didiami anak angkat Inspektor. Gemuk berpeluang menyiasat sewaktu menghantar Hanita (anak angkat Inspektor) pulang ke rumah selepas habis perlumbaan kuda di gymkhana tu dan melihat sendiri tempat kejadian.
Amat menghairankan bagaimana pencuri tersebut mengeledah dan mencuri barang-barang di tingkat satu rumah tersebut, hanya batuk garau sahaja kedengaran beserta bunyi tapak kaki yang berat, rupa pencuri gagal dilihat oleh orang gaji Hanita dan tidak pasti bagaimana pencuri tersebut melepaskan diri. Yang ditinggalkan cuma kesan-kesan sarung tangan kotor yang besar, bekas tapak kaki yang besar, 2 cebisan kertas dan satu tanda bulat bergarisan belang-belang di halaman rumah.
Bila disiasat oleh Gemuk, tiada tingkap yang boleh digunakan oleh pencuri untuk melompat turun dari tingkat satu rumah tersebut kerana semuanya berkunci dari dalam, pencuri juga tidak turun melalui tangga yang digunakannnya untuk naik. Yang ada cuma satu tingkap yang tidak berkunci, sangat kecil dan mustahil bagi pencuri tersebut meloloskan diri melaluinya. Aneh bukan, hehehe.
Selepas kejadian tersebut, beberapa lagi kejadian kecurian yang sama berlaku, dah tentulah beruntung bagi pencuri tersebut yang dapat ghaib sewaktu mencuri, yea tak ?
Seperti biasa, berpandukan kesan-kesan atau petunjuk, Lima Penyiasat & Anjing meyiasat kes ini. Dah tentulah perkara pertamanya mencari orang yang berkaki besar dan bertangan besar, agak senang kerja ni sebab tak ramai orang yang berkaki besar di Hutan Inai, salah seorang darinya Encik Goon sendiri. Hehe. Tapi, setelah dilakukan siasatan terhadap kedua-dua pemilik kaki besar yang tinggal di Hutan Inai, tiada satupun yang boleh dikaitkan kerana masing-masing ada alibi.
Lima Penyiasat & Anjing meneruskan siasatan mereka berdasarkan beberapa petunjuk lain seperti 2 cebisan kertas yang tertulis 2 Tambak dan 1 Balak , menyoal saksi-saksi seperti orang gaji, posmen, penjual roti, penjual susu, penghantar barang runcit dan lain-lain tapi semuanya tak berhasil. Pening sungguh……
Sehinggalah bila pencuri tersebut menghantar nota atau pesanan amaran untuk mencuri di rumah Gemuk, dah tentulah pencuri tersebut begitu yakin tiada sesiapa yang boleh melihatnya dan ini sebenarnya mendedahkan sedikit bongkak pencuri tersebut yang sebenarnya di kalangan watak-watak yang ada dalam buku ini.
Aku sekadar review buku ini untuk simpanan dan rujukan aku sendiri dan tak berminat nak ceritakannya panjang lebar. Kalau boleh bacalah sendiri cerita ni, cerita terbaik dalam siri Lima Penyiasat & Anjing.