Search This Blog

Saturday, May 29, 2010

Review LIMA SEKAWAN DI LADANG PERMAI

Buku pertama yang memperkenalkan aku dengan siri Lima Sekawan adalah buku ini. Hadiah dari Abglan, cuma buku yang aku simpan sekarang ni pembelian balik setelah buku asal tu hilang. Nasib baik aku berjaya cari dan ganti balik. Lupa dah aku dapat hadiah tu masa darjah berapa, mungkin darjah 3 kot, Abglan hadiahkan Lima Sekawan Di Ladang Permai dan Misteri Rantai Hilang, tapi buku asal Misteri Rantai Hilang masih ada dalam simpanan. Terima kasih banyak-banyak Abglan, tapi buku Enid Blyton pertama aku hadiah dari Kakza, tajuknya Bagus Tujuh Penyiasat. Sayangnya buku tu sekarang ni tinggal kulit depan je. Susah dah nak cari wooo……
Siri Lima Sekawan ni kisah pengembaraan, sekumpulan budak-budak keluar rumah bersendirian dan mengembara atau bercuti ke satu tempat baru yang menarik. Berlainan dengan Siri Lima Penyiasat & Anjing yang berkisar di Hutan Inai sahaja, Lima Sekawan membawa imaginasi aku meneroka ‘alam’ lain dari kebiasaan atau rutin kat rumah. Kebiasaannya Lima Sekawan mengembara dengan keretapi, berbasikal, berjalan kaki, berkereta dan berkereta kuda. Best kan bleh buat camtu masa budak-budak, walau sebenarnya mustahil,

Watak-watak di Ladang Permai adalah seperti kembar Muthu iaitu Muthiah & Muthiammah, Puan Muniandy (Pushpa Muniandy), Moyang John Muniandy, Peter Muniandy, Encik Henning, Junior, Encik David Permai, Encik Richard Durleston, Balan, Segak, Gonggong dan beberapa orang lagi.

Kisahnya bermula bila Lima Sekawan dipelawa bercuti di Ladang Permai, Eddie & Dean ke tempat tu berbasikal sementara George, Mona & Tompok menaiki basa. Seronok bila baca part diorang berbasikal tu, cam pengembaraan berbasikal merentas desa yang tak sibuk ngat dengan kenderaan yang boleh membahayakan penunggang basikal. Tak ada plak bahaya bila budak-budak berbasikal sejauh tu, kira aman betul lah tempat tu.

Sewaktu di Ladang Permai, ada konflik kekeluargaan yang terdesak antara menjaga kepentingan khazanah atau harta antik di dalam ladang tu dan cubaan keluar dari kesempitan hidup. Ladang Permai digambarkan sebagai ladang yang besar tapi tak begitu berhasil, namun ada kisah silam wujud harta dalam stor kanjus istana yang katanya dah lama musnah dan tak dijumpai. Pihak-pihak yang tak bertanggungjawab pulak cuba menangguk di air keroh, seperti pelawat atau penyewa di ladang iaitu orang Amerika bernama Henning & anaknya Junior yang cuba membeli khazanah antik ladang dengan harga murah dan berniat mencari harta yang telah lama hilang tersebut. Terjemahan ada silap sikit kat sini di mana Budak Eropah digambarkan sebagai orang Amerika, aku pun baru je perasan masa nak siapkan review ni. Selain itu perkataan stor kanjus tu pun menarik jugak, agakan aku kanjus tu kira cam ‘dungeon’. Hehehe

So quest yang terbesar kat sini adalah menyelamatkan Ladang Permai ni dengan cara mencari harta karun yang hilang tu, seronok jugak menjejaki tapak bekas runtuhan istana setelah berkurun-kurun tidak ada yang berjaya menjumpainya. Dan Lima Sekawan berjaya dengan cara yang adventure, diorang jugak yang jumpa, memang mengangkat kehebatan budak-budak la citer ni. Tu yang seronok tu sebab kat dunia nyata budak-budak memang tak tahu apa-apa. Lagi satu yang best dalam citer ni pasal kehidupan di dalam ladang. Suasana baru yang menarik dengan aktiviti menguruskan haiwan ternakan, melawat kawasan tanaman, bergaul dengan pekerja ladang dan sebagainya.

Suasana semasa dalam terowong dan terjumpa harta karun tu pun best juga, almaklumlah tak penah lagi jumpa harta karun ni, imaginasi sebegini rasanya lagi selamat dari cerita kaya dengan merompak orang. Ok itu sahaja review aku untuk Lima Sekawan Di Ladang Permai walaupun banyak lagi nak ditambah. Lagi best kalau saudara dapat baca sendiri sebab dari buku pertama nilah aku mula mencari lain-lain kisahnya yang cuba digambarkan dengan tajuk-tajuk yang ada kat kulit belakang buku.

Saturday, May 15, 2010

Intro LIMA SEKAWAN



Siri Lima Sekawan ialah satu siri pengembaraan yang disertai oleh tiga orang adik-beradik iaitu Eddie, Dean, Mona dan sepupu mereka yang bernama Georgiana (George) yang mempunyai anjing bernama Tompok.
Eddie, Dean, Mona dan George masih bersekolah dan dalam belasan tahun lagi. Kisah pengembaraan mereka telah dapat menghiburkan pembaca-pembaca yang terdiri dari pelbagai peringkat di seluruh dunia.
Kini 18 buah buku dari siri pengembaraan mereka telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia dan diperkenalkan untuk pembaca-pembaca di Malaysia.
Tajuk-tajuk buku yang diterjemahkan ialah seperti berikut :-


1. Di Pulau Pusaka
2. Cabut Lari
3. Di Puncak Penyamun
4. Membuat Penyiasatan
5. Berkereta Kuda
6. Di Pulau Kenari Lagi
7. Pergi Berkhemah
8. Dalam Bahaya
9. Mengembara Bersama
10. Mengembara Lagi
11. Di Tepi Laut
12. Riang Merantau
13. Ke Padang Singkir
14. Sungguh Gembira
15. Di Ladang Permai
16. Di Batu Puaka
17. Di Pulai Berbisik
18. Di Bukit Jaguh





Petikan perenggan di atas aku ambil bulat-bulat dari pengenalan yang ada di kulit belakang buku-buku Siri Lima Sekawan terbitan Penerbitan Hasratpelajar tahun 1984. Teruja bila membacanya sebab banyak pengembaraan dan tempat-tempat menarik yang dilawati. Aku dah baca kesemuanya, terjemahan yang dibuat dari versi asal Bahasa Inggeris memang tepat, menarik dan sesuai dengan suasana dan keadaan di Malaysia. Penggunaan nama-nama tempatnya seolah-olah kita boleh lawati tempat tu selepas membacanya.

Edisi terjemahan, maka watak-watak pun adalah sesuai dengan keadaan di Malaysia. Nama watak-watak utama yang telah diubah adalah seperti berikut
Eddie atau Julian
Dean atau Dick
Mona atau Anne
Georgiana (George) dikekalkan
Tompok atau Timmy

Versi asal karya Enid Blyton ini adalah The Famous Five dan mempunyai 21 buku.
21 buku eh ? Maknanya ada 3 lagi buku yang tidak diterjemah oleh Penerbitan Hasratpelajar. Aku tak pastilah kenapa 3 lagi buku tersebut tak diterjemahkan, tapi aku dah berjaya cari dan baca 3 buku-buku ini dan melengkapkan 21 buku Lima Sekawan. Kemungkinan situasi & persekitaran dalam buku tersebut tak sesuai untuk digambarkan berlaku di Malaysia, tapi bagi aku masalah cuaca tidak begitu rumit untu disesuaikan contohnya dalam buku 4 Lima Sekawan Membuat Penyiasatan atau versi asalnya buku 2 Five Go Adventuring Again, keadaan bersalji ditukarkan kepada keadaan banjir. Tapi memanglah cerita Five Get Into A Fix suasana saljinya memang agar sukar disamakan dengan keadaan banjir.
Apapun ini tajuk asalnya dalam Bahasa Inggeris



1. Five on a Treasure Island aka Di Pulau Pusaka
2. Five Go Adventuring Again aka Membuat Penyiasatan
3. Five Run Away Together aka Cabut Lari
4. Five Go To Smuggler’s Top aka Di Puncak Penyamun
5. Five Go Off In A Caravan aka Berkereta Kuda
6. Five On Kirrin Island Again aka Di Pulau Kenari Lagi
7. Five Go Off To Camp aka Pergi Berkhemah
8. Five Get Into Trouble aka Dalam Bahaya
9. Five Fall Into Adventure aka Mengembara Lagi
10. Five On A Hike Together aka Mengembara Bersama
11. Five Have A Wonderful Time aka Riang Merantau
12. Five Go Down To The Sea aka Di Tepi Laut
13. Five Go To Mystery Moor aka Ke Padang Singkir
14. Five Have Plenty Of Fun aka Sungguh Gembira
15. Five On A Secret Trail
16. Five Go To Billycock Hill aka Di Bukit Jaguh
17. Five Get Into A Fix
18. Five On Finniston Farm aka Di Ladang Permai
19. Five Go To Demon’s Rock aka Di Batu Puaka
20. Five Have Mystery To Solve aka Di Pulau Berbisik
21. Five Are Together Again


Jika diperhatikan tajuk-tajuk dalam Bahasa Malaysia perlu selari dengan ayat ‘Lima Sekawan’ dahulu diikuti tajuk buku-bukunya. Tindakan penerbitan baru yang menukarkan nama-nama beberapa buku pada aku tak begitu cantik bunyinya. Contohnya seperti Lima Sekawan Rahsia Istana Baiduri dan Lima Sekawan Lorong Gelap ? Tajuk asalnya adalah Lima Sekawan Riang Merantau dan Lima Sekawan Membuat Penyiasatan. Kan ke sedap bunyinya tu, lagi pulak terjemahannya lengkap.
Selain Penerbitan Hasratpelajar keluaran tahun 1984, setahu aku Penerbitan Fargoes tahun 1979 juga ada menerbitkan beberapa buku dalam siri Lima Sekawan ini tapi tak pernah aku jumpa kecuali Di Bukit Jaguh. Teringin aku nak tengok buku-buku tu kalau ada. Sesiapa yang memilikinya, hantar gambar kat sini pun jadilah. Tak terkecuali yang Penerbitan Hasratpelajar tahun 1984. Kalau nak sedekah atau jual kat aku pun bleh sebab aku pun masih nak cukupkan koleksi maklumlah ada yang dalam simpanan bukan edisi asli. Hehehe


Aku akan cuba review beberapa buku dalam siri Lima Sekawan ni untuk dikongsi bersama. Tapi pada pendapat aku buku paling best dalam siri ini adalah Lima Sekawan Mengembara Bersama. Sayangnya buku tu dah hilang, versi Bahasa Inggerisnya ada tapi mungkin tak akan aku review sebab rujukan terjemahannya tu yang mahal dan masih melekat dalam memori.

Terkini, aku berjaya beli Lima Sekawan Di Pulau Pusaka 1974 dan pinjam Lima Sekawan Di Batu Puaka serta Lima Sekawan Di Pulau Berbisik tahun 1979. 

Terkini lagi, hanya tinggal Lima Sekawan Di Puncak Penyamun, Lima Sekawan Membuat Penyiasatan dan Lima Sekawan Ke Padang Singkir belum dijumpa edisi asalnya.  

Tuesday, May 11, 2010

Review - Misteri Bilik Rahsia atau The Mystery Of The Secret Room


Buku misteri ke 3 dalam siri Lima Penyiasat & Anjing bertajuk Misteri Bilik Rahsia atau The Mystery Of The Secret Room. Menarik juga kisah siasatannya dan juga jalan cerita bagaimana budak-budak boleh terlibat atau terjumpa dengan misteri. Maksud aku secara tak sengaja, itulah sebenarnya antara imaginasi yang boleh berlaku kat sapa-sapa pun.
Kalau diikutkan siri Lima Penyiasat & Anjing ni ada turutan buku-bukunya walaupun tak ketara sangat jika kita baca tunggang terbalik atau tak ikut susunan. Turutan asal adalah buku ketiga jadi dalam buku ini Lima Penyiasat & Anjing digambarkan baru sahaja menyelesaikan 2 kes dan sangat-sangat amatur kecuali Gemuk. Oleh kerana Gemuk semacam mempunyai pengetahuan yang lebih justeru telah diangkat menjadi ketua kepada Lima Penyiasat & Anjing. Buku inilah titik tolak perancangan Lima Penyiasat & Anjing menjadi lebih tersusun apabila Gemuk mengepalainya. John yang pada asalnya dipilih sebagai ketua kerana senioriti dengan persetujuan yang lain telah rela melepaskan jawatan tersebut apabila Gemuk sudi mendedahkan beberapa teknik atau helah-helah dunia penyiasatan yang sangat menarik untuk diketahui budak-budak cam aku masa kecik-kecik dulu. Antaranya helah keluar dari bilik berkunci, bagaimana nak menyamar serta menulis tulisan ghaib menggunakan dakwat ghaib.
Semuanya diterangkan dalam buku ni. Ada yang aku pernah cuba dan berjaya kecuali menyamar tu. Susah la nak menyamar, maklumlah kita menyamar depan mak ayah kita, tengok gaya jalan atau bau badan kita pun diorang dah cam. Tak, aku tak pernah cuba pun nak menyamar walaupun teringin. Dalam siri Lima Penyiasat & Anjing inilah Gemuk mulai menyamar tapi buat permulaan menyamar sebagai budak-budak jer. Tapi memang pengetahuan sebegini sesuatu yang lain dari matapelajaran yang diajar kat sekolah, bukan lah pelajaran ini mengajar kita jadi jahat, kecuali kalau kita salah guna. Yea tak.

Watak-watak utama kisah kali ini adalah George Washington, Nona Tong, Brian d’Cruz, Pak Mat, Jabis, Finnigan, Limat dan lain-lain lagi. Seperti yang aku beritahu tadi, kisah bagaimana Lima Penyiasat & Anjing menjumpai misteri kali ini dengan cara tak sengaja memang mengasyikkan. Samy lah yang terjumpa bilik rahsia ini ketika memanjat sebatang pokok dalam usaha melarikan diri dari Encik Goon. Cantik peristiwa ini sebab aku pun selalu terimaginasikan terjumpa sesuatu yang aneh atau pelik sewaktu memanjat pokok atau bermain di kawasan perumahan tak siap. Kebetulan di Pasir Pekan ada satu kawasan perumahan terbengkalai yang jauh dari penempatan orang, so sewaktu pergi bermain di kawasan ni (sekarang dah jadi Taman SBJ) memang selalu jugak mencari keanehan-keanehan yang boleh disiasat jika ada tapi sampai sekarang tak jumpa-jumpa pun. Heh

Bilik yang dijumpai di tingkat satu rumah tersebut penuh berperabot seolah-olah didiami sedangkan rumah tersebut adalah rumah kosong yang tak diduduki Keanehan ini telah menyebabkan Lima Penyiasat & Anjing membuat siasatan lanjut dan menjumpai sesuatu yang meragukan. Tugasan menyelidik siapa pemilik rumah melalui ejen perumahan bagi aku cukup sukar dilakukan oleh budak-budak, tapi Lima Penyiasat & Anjing berjaya melakukannya. Tugasan yang sukar jadi menyeronokkan, justeru itu yang membuatkan tugasan menyiasat dalam buku ni indah.

Ada beberapa insiden lagi yang menarik tapi aku tak boleh lupa bilamana Gemuk yang berjaya masuk ke dalam bilik rahsia tapi tertidur dan tertangkap oleh penjenayah yang menggunakan bilik rahsia tu. Suspen insiden tu sehinggakan aku rasa bodoh sangat lah ketua Lima Penyiasat & Anjing ni. Tapi memangpun, Enid Blyton pun ada sebut ia satu kesilapan besar bagi seorang penyiasat jika cuai. So itu satu nasihat yang bagus. Selain itu, penjenayah dalam cerita ini agak ganas berbanding kisah dalam buku-buku lain bila menggunakan kekerasan terhadap Gemuk. Kira penjahat yang sebenar lah ni yang sanggup menumbuk kanak-kanak. Gerun skit nak jadi penyiasat bila baca bahagian ni. Huhu

Keseluruhannya banyak maklumat berguna, insiden tak sengaja yang menarik serta kelemahan mata-mata polis yang menggelikan hati mewarnai kisah dalam buku ini. Buku terbitan Penerbitan Fargoes tahun 1979 ni memang best terjemahannya, memang payah dah nak jumpa copy ni lagi, so kalau ada jumpa jangan lepaskan peluang membacanya.