Search This Blog

Saturday, December 5, 2015

Kulit buku terkini dari Penang

Setelah agak lama tak berkesempatan berkunjung ke Pulau Pinang, akhirnya dapat juga menjejakkan kaki ke sana atas urusan kerja pada minggu lepas.

Segera aku ke Chowrasta dengan harapan menggunung tinggi untuk mencari koleksi buku-buku lama zaman kanak-kanak ku. Walau bagaimanapun, kali ini hasilnya agak mendukacitakan kerana tiada lagi koleksi buku-buku lama yang di cari dijual di Chowrasta. Agak terkejut melihat keadaan kawasan buku-buku lama tersebut yang menjadi semakin kecil dan moden, stok buku-buku lama juga sedikit dan bilangan peniaganya juga berkurangan.

Walau bagaimanapun, sebelum pulang, aku menjejaki juga lain-lain kedai buku lama yang berselerakan di kawasan Georgetown dan akhirnya menemui apa yang dicari. Hampir-hampir sahaja aku pulang dengan tangan kosong. Huhuhu

Edisi terjemahan tahun 1974


Edisi terjemahan tahun 1975




Monday, June 29, 2015

Kulit Buku Misteri Jam Menjerit 1984 n sedikit review


Misteri yang menarik oleh Tiga Penyiasat & Alfred Hitchcock berkaitan pencarian lukisan berharga yang ditemui melalui cara yang sangat unik.

Terdapat 3 perenggan klu atau pembayang yang diperoleh dari 3 orang berbeza yang menunjukkan tempat lukisan berada dan jam yang menjerit sahaja berjaya mengeluarkan lukisan tersebut dari persembunyiannya.

membaca klue asal dari Bahasa Inggeris lebih memeningkan....

Klue pertama

It's quiet there even in a hurricane
Just a word of advice, politely given
Old english bowmen loved it
Bigger than a raindrop, smaller than an ocean
I'm 26. How old are you ?
It sits on a shelf like a well-fed elf


Klue kedua

3-27 4-36 5-19 48-12 7-11 15-9
101-2 5-16 45-37 98-98 20-135 84-9


Klue ketiga

Take one lily, kill my friend eli
Positively number one
Take a broom and swat a bee
What you do with clothes, almost
Not mother, not sister, not brother, but perhaps father
Hymns? hams? homes? almost, not quite